Kenyataan Tun M Umpama ‘Bunuh Anak Sendiri‘

Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri yang menjadi pemimpin Malaysia selama 22 tahun. Sekarang beliau sudah tidak lagi menjadi sanjungan rakyat kerana sikapnya yang mahu menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dianggap sudah tidak waras.

Kini , beliau sendiri yang mudah lupa dengan teras asal perjuangan untuk parti dahulu. Mungkin Mahathir ni dah nyanyuk dan tidak berupaya untuk berfikir dengan waras. Jika beliau masih sayangkan negara, beliau  tidak akan melemparkan fitnah dan tuduhan liar untuk menjatuhkan orang lain serta memalukan negara di media luar.

Baru-baru ini Mahathir menghasut pula rakyat untuk menolak Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Dendam kesumat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiada berkesudahan. Semakin banyak agenda Mahathir apabila di hujung-hujung usia ni.

“Saya lihat pembangkang pun tidak mahu berkawan dengan dia dan pihak kerajaan dari BN pun kecewa dengan beliau. Beliau (Dr Mahathir) dilihat sebagai keseorangan sekarang ini sehingga sanggup membunuh anak (BN) yang dilahir dan dibesarkan, serta menyeru orang ‘membunuh anaknya sendiri”,

 “Kami sebelum ini menghormati beliau sebagai seorang pemimpin negara ini selama 22 tahun, kini beliau menyatakan beliau mahu BN kalah dalam dua pilihan raya kecil ini. Ini jelas menunjukkan ketidakikhlasan beliau,” kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek,  Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Dengan usia Mahathir sekarang, beliau sudah tidak relevan untuk berada di pentas politik Malaysia. Namun beliau masih mahu menunjukkan dirinya masih berpengaruh dan ingin menguasai agenda Perdana Menteri.

Adakah kita yang perlu bersimpati dengan melayu mudah lupa seperti Mahathir? Bagi beliau yang sudah lama didalam arena politik, seharusnya mempunyai pemikiran yang lebih berkualiti, bukan menjadikan dirinya seorang tua nyanyuk yang dipinggirkan masyarakat. – Hkay/Utaranews.com 

One thought on “Kenyataan Tun M Umpama ‘Bunuh Anak Sendiri‘

  • 18/05/2016 at 11:48 am
    Permalink

    Tiada ruang utk puak legasi 22 tahun bertapak lagi di negara ini….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *