Kerajaan PKR Selangor Tindas Nelayan Dengan Cukai Sampan

Kerajaan Selangor dah ikut jejak pemerintahan kerajaan Pulau Pinang DAP dengan menindas rakyat. Rakyat yang hidup di bawah pemimpin kuku besi ini tiada perubahan, hanyalah kesempitan hidup yang dibawa oleh pemimpin. Yang ditindas adalah orang miskin, yang miskin lagi bertambah miskin dengan penindasan yang dilakukan.

Kini Selangor, dengan megahnya akan mengenakan cukai sampan kepada nelayan. Majoriti nelayan adalah melayu dan hidup dalam kesempitan dengan taraf hidup yang tinggi pada masa kini. Perkara tersebut sudah tentu akan membebankan para nelayan. Hal ini telah diputuskan oleh kerajaan negeri Selangor, dibawah kepimpinan Dato Seri Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor .
Selain itu, perkara ini telah dibincangkan dengan pegawai daerah tanah, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Hutan dan lain agensi yang berkaitan. Semua ketua-ketua pengkalan, diminta membuat permohonan tanah dan jeti-jeti di pengkalan agar tidak dikenakan tol. Oleh itu, pemohonan atas nama individu tidak akan dibenarkan sama sakali. Jelas, cara PKR tidak nampak pemerintahan untuk menolong rakyat miskin malah lebih teruk.
Penindasan dilakukan tanpa memikirkan rakyat, pemimpin hanya melakukan mengikut kerajaan negeri dan menindas rakyat setempat atas bidang kuasa mereka sendiri. Tak cukup dengan cukai, sekatan juga akan dikenakan bagi setiap nelayan, dan setiap satu pancing yang diletakkan di persisiran pantai akan dikenakan cukai sebanyak RM600.00 setahun. Penindasan yang dilakukan oleh PKR akan menghalang aktiviti nelayan untuk mencari rezeki bagi menampung hidup.
Jika tidak mengikut peraturan dan tidak membayar cukai sampan yang ditetapkan kerajaan negeri, nelayan mungkin akan dihalau oleh ketua operasi. Kejam betul kerajaan PKR ini, dah macam zaman dulu-dulu yang mengamalkan bayaran ufti masa zaman penjajahan. Cukai setahun yang dibayar nelayan juga tidak termasuk tandas, pondok simpan jaring dan infrastruktur yang ada di kawasan tersebut.
Justeru, jika cukai ini dilaksanakan nasib orang melayu miskin tidak akan dapat dibela. Kesempitan hidup lebih terasa dibawah kepimpinan PKR. Inilah cara mereka memerintah untuk menghasilkan duit dari hasil negeri dengan melakukan penindasan. Dengan slogan yang digunakan mereka ‘membela dan mengubah’.. Ianya sudah tidak relevan untuk dipercayai dari penindasan yang dibuat untuk kepentingan sendiri. – Hkay/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *