Kerajaan Selangor Ikut Jejak DAP ‘Makan Harta’ Rakyat


Ini satu lagi kerajaan yang zalim dan tidak berhati perut! Ingatkan kerajaan DAP Pulau Pinang je yang zalim, makan serta kikis habis lincin ‘harta rakyat’ Pulau Pinang. Tapi rupa-rupanya kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga turut ikut jejak langkah DAP.
Elok la tu PKR dan DAP kan berada dibawah satu bumbung Pakatan Harapan, jadi memang tak hairan la kalau dorang tu perangai sama je macam ‘bangsat’! Suka tindas rakyat serta penduduk tempatan dengan memusnahkan penempatan mereka.
Kalau sebelum ini kita kerap dengar kerajaan Pulau Pinang merobohkan penempatan rakyat, terutama sekali kampung melayu di sekitar kawasan Pulau Mutiara tersebut. Nahhhhhh… Kali ini kerajaan Selangor pula ‘belajar’ merobohkan penempatan rakyat serta berlaku ‘kejam’ terhadap penduduk.
Penduduk Ijok terpaksa berdepan dengan detik sukar, apabila rumah-rumah mereka dirobohkan begitu sahaja tanpa sebarang pampasan dan jaminan. Iyela, memang la kerajaan Selangor sudah beri notis sejak Januari yang lalu.
Akan tetapi setidak-tidaknya kerajaan Selangor haruslah menyediakan sebarang prasarana sebagai ganti rugi supaya tidak timbul perasaan kecil hati atau kekecewaan atas diri penduduk. Bukan setakat kecewa ja, rumah mereka diroboh tanpa sebarang jaminan.
Patut ke Selangor yang dibawah kepimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membiarkan begitu sahaja rakyat mereka merempat tanpa menyediakan tempat tinggal baru kepada mereka, sebelum penempatan asal mereka dirobohkan.
Salah seorang penduduk yang telah menetap selama 56 tahun di situ, Gunasegaran Santhanam melahirkan rasa kesal dengan kerajaan negeri Selangor yang hanya lepas tangan begitu sahaja. Bukan itu sahaja, kerajaan PKR dikatakan pilih kasih dan menjaga kebajikan di hanya beberapa kawasan yang disukai mereka sahaja.
Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar ketika melawat kawasan tersebut melahirkan rasa simpati dengan nasib yang terpaksa ditanggung penduduk yang menjadi mangsa kezaliman pentadbiran PKR.
“Kita tak halau seperti apa yang kerajaan caca merba buat, kita tak halau, kalau kita lihat dasar BN apa yang saya buat di Tanjung Karang dulu, saya nak mudahkan setinggan di kawasan Sungai Kajang, sebelum pindahkan mereka, kita pastikan tapak rumah ada, tapi mereka dakwa dah ada tapak, tapi tapak sahaja tak cukup, ia perlukan prasarana, kita pastikan jalannya, kemudahan eletrik, air, itu semua kerajaan kena tolong.
“Tapi apa yang kerajaan caca merba ni buat? Mereka ikut suka hati mereka kalau nak runtuh, mereka runtuh tanpa berikan pembelaan terhadap rakyat, saya buat di Tanjung Karang, lori pun kita sediakan untuk dia mengangkut barang, kita tak nak susahkan rakyat,” katanya
Bukannya penduduk tidak mahu pindah, tetapi setidaknya kerajaan Selangor haruslah menyediakan tempat berteduh baru sebagai ‘ganti’ untuk merobohkan penempatan mereka. Jika setakat sediakan tapak sahaja tapi prasarana takde tak guna jugak kan.
“Ini kuasa kerajaan negeri yang selama ini menyatakan mereka kerajaan berkebajikan, bela terus hidup rakyat tapi cakap sahaja tapi bila berkuasa tak dapat dilaksanakan,” tambahnya lagi. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *