Khairuddin Sanggup Bantu Bebaskan Anwar Ibrahim

Jika dakwaan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui surat panjang lebar yang diutuskan melalui jeriji besi penjara Sungai Buloh… Menyatakan bahawa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menipu untuk membantu membebaskannya dari tahanan penjara.

Kini, Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pula dikatakan akan menggalas tugas yang dilepaskan oleh Mahathir tersebut. Khairuddin mendakwa bahawa dia akan mempertaruhkan sepenuh usaha untuk membebaskan Anwar.

Bukan setakat 100 peratus je yang Khairuddin akan usahakan… Tetapi demi Anwar yang dikasihaninya tu, dia sanggup berkorban 200 peratus usahanya. Malah dia berjanji akan menjadi pemimpin UMNO pertama yang akan menyokong untuk membebaskan Anwar Ibrahim.

“Kalau tengok dalam facebook saya kata mulai hari ini, sekiranya ada daya untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim.., saya adalah pemimpin UMNO yang pertama yang bakal tampil untuk sokong nak keluarkan Anwar Ibrahim dari penjara Sungai Buloh.

“Itu saya tidak boleh  komen kerana itu akan melanggar proses undang-undang tapi dalam perjuangan membebaskan Anwar Ibrahim 200 peratus,” katanya selepas Debat Perdana, Dimana Deklarasi Rakyat di Kuala Lumpur.

Khairuddin menaburkan janji-janji manis berbaur madu itu sebagai jawapan kepada pertanyaan Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard. Chegubard bertanyakan, adakah dia terlibat secara langsung dalam penghasilan buku ’50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM.’

“Chegubard ini ini saya rasa ramai orang tak puas hati sikit dengan beliau sebab banyak buat tuduhan yang tidak berasas dalam beberapa kes, terutama dalam kes saya dengan Anwar Ibrahim.

“Saya bukan penulis 50 dalil, saya bukan penerbit buku tersebut, itu adalah persepsi,” ujarnya.

Mungkin sekarang ni Mahathir arahkan Khairuddin pikul tanggungjawab yang dijanjikan Mahathir kepada keluarga Anwar kot. Tula, sapa suruh berjanji.. Nahhh, sekarang ni mungkir janji pula. Biasa la Khairuddin kan budak suruhan Mahathir.. Jadi apa sahaja demi Mahathir, pasti akan dituruti olehnya. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *