Lagi Tanah Kerajaan Negeri Pulau Pinang Dicerobohi Dan Diusahakan Secara Haram


Amat menyedihkan apabila kerajaan negeri hanya membisu dan membutakan mata, apabila tanah milik kerajaan negeri diceroboh dan diusahakan secara haram di Bukit Sungai Ara.
Menurut sumber gambar dari ‘The Star’, tanah berkenaan dipercayai telah diceroboh dan diusahakan secara haram sejak hampir setahun yang lalu… Oleh yang demikian, timbul persoalan bagaimana kerajaan negeri boleh tak sedar dalam hal ini??
Kerajaan Negeri yang sentiasa menekankan isu ketelusan dan integriti dalam pentadbiran, seharusnya ‘sedar’ mengenai pencerobohan tanah ini… Takkan kerajaan negeri yang sentiasa menekankan isu integriti dan ketelusan tidak nampak mengenai pencerobohan tanah ini.
Mungkin ada benarnya kerajaan negeri tidak nampak mengenai pencerobohan tanah ini, sebab pemimpin tertinggi kerajaan Pulau Pinang sibuk duk beli rumah banglo mewah dengan harga murah…. Pastu duk rakus kaut keuntungan dari penjualan tanah dengan harga murah kepada ‘kroni’.
Tengok sajalah bila kerakusan Ketua Menteri Pulau Pinang didedahkan… Ketua Menteri sibuk nak menyelamatkan diri dari diserang untuk menjawab mengenai isu ini kepada orang ramai…. Sebab sibuk menyelamatkan diri, Guan Eng tak nampak mengenai isu pencerobohan tanah di Bukit Sungai Ara ini.
Sebab kedua kerajaan negeri tak nampak kerana mereka duk sibuk nak jadi ‘abang long’ dalam Pakatan Harapan dan nak tumbangkan kerajaan Najib dengan cara ‘kotor’…. Boleh lihat DAP dan PKR, masing-masing sibuk ‘mengangkat’ Tun Dr Mahathir Mohamad untuk dijadikan ‘keldai’ parti masing-masing.
Walaupun Mahathir telah berulang kali menjelaskan usahanya bersama pemimpin pembangkang bukan untuk mengalih kerajaan sedia ada tetapi hanya untuk menyelamatkan Umno, namun pemimpin-pemimpin pembangkang masih sibuk mahu untuk bersama Mahahtir.
Sebab yang seterusnya, adalah kerajaan negeri saja membutakan mata mengenai perkara ini kerana perkara ini memang satu ‘sifat’ semulajadi yang ada dalam pemimpin kerajaan negeri…. Sudah banyak kejadian seperti ini yang telah ‘dibutakan’ oleh kerajaan negeri… Al-maklumlah, mereka pun duk kaut untung dengan menjual tanah kerajaan negeri. – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *