Mahathir Biadap, Gelar Tunku Aziz ‘Katak’!!

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berang dengan tindakan anggota panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang sebelum ini membuat laporan polis terhadapnya.

Berhubung tindakan Mahathir yang menuduh Yang Di-Pertua Agong dan Raya-Raya Melayu dikenakan tahanan rumah oleh kerajaan, demi menghalang mereka dari menandatangani Deklarasi Rakyat yang dikumpul Mahathir.

Disebabkan berang dengan laporan polis yang dibuat Tunku Aziz, Mahathir tergamak dan dengan biadapnya telah menggelar Tunku Aziz sebagai seekor katak. Eshhhhhhh, biadap dan keterlaluan betul la mulut orang tua Mahathir ni… Nak kena cabai kot!

“Saya kena pergi mahkamah sekarang kerana Tunku Aziz ini bekas pengerusi Transparency International.

“Beliau sangat ‘transparent’ (telus). Beliau nampak macam katak, lompat sana, lompat sini,” sindirnya.

Bukan itu sahaja, Mahathir juga dilihat menyindir tindakan Tunku Aziz yang sebelum ini memilih untuk menyertai parti DAP akan tetapi lama selepas itu, Tunku Aziz dikatakan meninggalkan parti tersebut. Elehhhh, nak kata kat orang tak cermin diri sendiri tu dahulu.

Mahathir pun apa kurangnya… Dahulu bukan main lagi gelar DAP parti rasis dan menidakkan hak orang Melayu. Nahhhhhh… Sekarang ni apa sudah jadi?? Bersahabat baik pulak dengan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, hilang terus tuduhan rasis dan dakwaan tak akan sesekali berkerjasama dengan DAP.

Hanya kerana ‘panas’ dengan tindakan Tunku Aziz yang membuat laporan polis terhadapnya, terus Mahathir nak tuduh yang bukan-bukan. Sendiri yang gagal untuk mendapat perkenan bagi mengadap baginda dan menyerahkan Deklarasi Rakyat supaya menuntut peletakan perdana menteri yang kini ditandatangani lebih sejuta rakyat Malaysia. Lepas tu nak marah orang pulak, eeeeeee… Pelik!! – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *