Mahathir Upah Ratu Naga ‘Beli’ Sejuta Tandatangan??

Woww… Memang betul-betul mengejutkan orang ramai apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ‘kantoi’ dalam gerakan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi Deklarasi Rakyat.

Mahathir ‘terkantoi’ apabila seorang lelaki yang bekerja sebagai pengaturcara komputer, Azharuddin Othman @ Abdullah tampil memaklumkan bahawa dirinya telah menjual pangkalan data yang mengandungi 900,00 nama dan nombor kad pengenalan untuk Deklarasi Rakyat.

Patutlah Mahathir bukan main bangga lagi kononnya dapat mengumpul sejuta tandatangan dalam Deklarasi ini untuk menjatuhkan Najib dalam masa yang singkat… Rupa-rupanya, Mahathir guna jalan kotor… Dasar penipu betol!!

Menurut Azharuddin, beliau menjual pangkalan data kepada Mahathir bukan secara terus, sebaliknya didalangi oleh orang tengah yang merupakan penyokong kuat Mahathir yang menggunakan nama samaran sebagai ‘Ratu Naga’.

“Pada 27  April 2016, saya dihubungi oleh Ratu Naga untuk membeli pangkalan data warganegara Malaysia dengan tujuan mengumpul 1.2 juta tandatangan untuk Deklarasi Rakyat yang disokong oleh Tun Mahathir Mohamad.

“Beliau sedia maklum bahawa saya mempunyai pangkalan data yang mengandungi maklumat jutaan rakyat Malaysia yang boleh disesuaikan untuk pelbagai tujuan” kata Azharuddin dalam satu sidang media.

Dalam masa sama, Azharuddin turut memaklumkan bahawa ‘Ratu Naga’ telah menawarkan wang sebanyak RM5,000 untuk mendapatkan pangkalan data tersebut…Namun begitu, Azharuddin hanya dibayar RM1,000 pada bulan lalu.

Selain itu, Azharuddin juga memaklumkan bahawa ‘Ratu Naga’ telah berpesan supaya tidak melibatkan nama Mahathir dalam perkara terkutuk ini, memandangkan Deklarasi ini dicetuskan oleh bekas perdana menteri itu.

Memalukan betul Mahathir ni… Main cara kotor untuk menjatuhkan Najib….  Malu laa wei… Macai pro Mahathir tak malu ke, bila dapat tahu pemimpin kesayangan mereka guna cara kotor?? Dah lah guna cara kotor, tipu si penjual pangkalan data pulak tu.

Yang Azharuddin pun satu bingai… Setakat RM5,000 ko sanggup jual 1 juta data rakyat negara ni… Tak berbaloi langsung… 1 juta bukannya sikit… Mintalah banyak sikit upah  tu…. Dah lah buat benda jahat… Bayar pulak ciput… Tapi ok jugak tak minta banyak… Kalau minta banyak pun, bukannya nak dapat pun… Dapat seribu tu jer kan… Nanti lagi meroyan pula… Hahaha. – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *