Mustapa Cabar Mat Sabu Bertanding Dalam PRK

Ahli Dewan Undangan Negeri Padang Tengku (ADUN), Datuk Mustapa Long yang bersimpati dengan nasib yang terpaksa ditanggung oleh Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Muhamad sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu… Mencabar presiden Amanah itu untuk bertanding dalam salah satu Pilihan Raya Kecil yang akan berlangsung Jun depan.

Mana tidaknya… Kesian la dekat Mat Sabu nama sahaja presiden parti, tapi satu habuk jawatan dalam kawasan parlimen pun dia tak boleh nak pegang… Lebih memalukan apabila Mat Sabu adalah merupakan satu-satunya presiden parti di kalangan parti pembangkang yang tidak mempunyai kawasan parlimen.

Jadi apa salahnya kalau Mat Sabu masuk bertanding dalam PRK Parlimen Sungai Besar atau pun Parlimen Kuala Kangsar…. Sebab sebelum ini bukan main lagi Mat Sabu dok cakap besar. Sekali sekala tak salah kalau Mat Sabu nak test power.

Ini juga merupakan peluang terbaik kepada Pakatan Harapan dan Mat Sabu untuk menyakinkan rakyat mengenai kebolehan mereka.. Hahahaaa! Mampu ke?? Atau Mat Sabu dan Pakatan Harapan tu cuma seronok sendiri je.

“Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mewakili Parlimen Marang, Penasihat Dap, Lim Kit Siang di Gelang Patah, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pula di Permatang Pauh. Kalau ada rezeki menang dalam PRK berkenaan, sekurang-kurangnya beliau ada tempat seperti mana rakan-rakan presiden parti yang lain. Takkanlah Mat Sabu selaku presiden parti tidak mempunyai tempat.

“Inilah masa yang terbaik dan inilah waktunya Mat Sabu mencuba nasib dalam mana-mana PRK yang akan berlangsung nanti, baik di Parlimen Sungai Besar mahu pun di Parlimen Kuala Kangsar,” katanya.

Pengerusi Biro Latihan UMNO Pahang itu menambah, Kalau Mat Sabu benar-benar mampu untuk menyahut cabarannya ini… Maknanya boleh la Mat Sabu buktikan yang Amanah itu satu parti yang lagi bagus dari PAS… Seperti yang dihebohkan sebelum ini.

“Pas sudah menunjukkan taring bahawa mereka tidak akan tarik diri dari bertanding dalam kedua-dua pilihan raya kecil berkenaan. Bukan itu sahaja Pas juga sudah melontarkan cabaran agar mana-mana parti pembangkang yang mahu bertarung terutama Amanah agar mengukur baju di badan sendiri dahulu.

“Nampaknya cabaran sudah dilontarkan, hanya menunggu cabaran itu disahut. Dan jika Pakatan Harapan terutama Amanah mahu membukitkan belang mereka, maka mereka sepatutnya berani mempertaruhkan Mat Sabu,” katanya. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *