Nenek Berusia 70 Tahun Lahirkan Anak Pertama

Korang rasa siapa pasangan tua di atas tu kepada bayi yang digendong wanita tersebut?? Pasangan tu adalah mak bapak budak tu, percaya tak?? Walaupun usia sudah mencecah 70 tahun, wanita dari New Delhi, India tu baru jer menimang cahaya mata pertama pada usia emas beliau..

Kalau diikutkan pada usia begitu, kebanyakkan sudah menjadi nenek.. Betul tak?? Dah berderet-deret cucu sampai tak terlayan.. Tapi apa boleh buat, rezeki wanita tu untuk mendapat anak pada usia lanjut begitu.. Usia tidak menjadi penghalang untuk menjadi seorang ibu, betul tak?? Kalau ada rezeki pada umur tu, tetap ada punya.. Ini semua hanya lambat atau cepat jer!

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Daljinder kaur dikatakan telah melahirkan seorang anak lelaki bulan lepas.. Tetapi baby tu bukan terhasil secara ‘semulajadi’, ia terhasil selepas Kaur menjalani rawatan pembenihan in vitro (IVF) di sebuah klinik kesuburan di Haryana bersama suaminya yang berusia 79 tahun..

Berdasarkan cerita yang disampaikan Kaur pada pihak media, dia telah berkahwin selama 46 tahun tapi tidak dikurniakan cahaya mata.. Dia pun hampir-hampir nak berputus asa kerana terpaksa berdepan dengan pelbagai tohmahan masyarakat terhadapnya..

Orang India menganggap kemandulan sebagai sumpahan Tuhan.. Ish! Mana ada sumpahan, tu cuma belum ada rezeki jer pun.. Tapi kalau betul-betul mandul pun, nak buat macam mana.. Dah takdir! Sumpahan tu mengarut! Korang jangan percaya pulak, kepercayaan dorang memang macam tu.. – MissHana/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *