NGO Melayu Tetap Utuh Bersama UMNO

Kekuatan UMNO untuk kekal menjadi parti terkuat di negara ini adalah hasil kesetiaan dan pengorbanan ahli-ahlinya. Kesetiaan ahli menjadi kayu pengukur kepada kehebatan UMNO pada hari ini, selain dengan kebijaksanaan kepimpinan tertinggi dalam menerajui parti.

Oleh itu, pihak NGO melayu terdiri daripada  Pertubuhan Seni Silat Gayung Nusantara, Persatuan Bawean Selangor, Persatuan Melayu Johor, Pekembar Kluang, Persatuan Anak-Anak Me­layu Kelantan, Seberkas Kedah dan Persatuan Orang Asli telah berkumpul bagi memperbaharui ikrar menyokong UMNO dan kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tujuan utama mereka adalah untuk memperingati jasa Umno yang telah lama berjuang untuk bangsa melayu. Selain itu, memberi penghargaan kepada Umno kerana mentadbir dari perkara kecil hingga besar, supaya negara Malaysia berada dalam keadaan baik. Pihak pembangkang hanya tahu untuk mengkritik, tetapi sedikit pun tidak membantu negara untuk menjadi lebih baik. Tohmahan pembangkang kepada pemimpin juga akan menjatuhkan imej negara.. Mereka berharap dengan adanya media sosial yang kian maju dapat mengubah pemikiran rakyat kepada Umno.

Gabungan NGO tersebut juga dikenali sebagai Ulul Amri. Mereka juga telah mengumpul 96 pertubuhan dan persatuan yang pada dasarnya adalah penyokong tegar Barisan Nasional (BN) dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Atas sokongan yang ditunjukkan mereka juga turut menyampaikan plak tertera Sum­pah Melayu sebagai deklarasi perpaduan tersebut kepada ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Maslan pada majlis Himpunan Nostalgia 70 tahun.

“Kami ingin memperingati semangat perjuangan datuk nenek kita lebih 70 tahun lalu, apabila mereka memulakan perjuangan melalui Kongres Kebangsaan Melayu pada 11 Mei 1946 yang bersetuju menubuhkan parti untuk memperjuangkan kemerdekaan Malaya. Hasil daripada persetujuan itu, lahirlah UMNO yang diikrarkan di Istana Besar Johor Bahru itu,” kata  Naseron Ismail Pengerusi Biro Kebajikan Alumni Kelab-kelab Umno Luar Negara. – Hkay/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *