Palanivel Hanya Pandai Cakap tapi tak tahu buat kerja.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam menghentam tindak tanduk Datuk Seri G. Palanivel yang sebelum ini tidak tahu buat kerja sehingga tindakan tegas diambil terhadapnya.

Tegas Junaidi, Kalau Palanivel ni ‘excellent’ sangat dalam kerjanya jadi kenapa dia tidak melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah penerokaan haram di Cameron Highlands semasa dia mempunyai kuasa??

Jika hendak dibandingkan dengan Junaidi, si Palanivel yang juga anggota Parlimen Cameron Highlands ini sebenarnya telah memegang portfolio berkenaan Sumber Asli dan Alam Sekitar lebih lama berbanding Junaidi sendiri.

Maknanya Palanivel ni tak tahu buat kerja ke?? Atau pun kerjanya cuma goyang kaki lepas tu cakap yang dia tak mampu nak halang kegiatan haram sebab dorang adalah individu berpengaruh. Kalau dah tak boleh nak buat kerja jadi tak perlulah nak buat tuduhan keras dan tidak berasas kepada orang lain pasal kegiatan haram tu.

“Saya kecewa juga Palanivel (yang selama) dua tahun menjadi menteri. Saya baru lapan bulan. Kenapa tak buat (sesuatu semasa masih menjadi menteri). Sekarang baru pandai-pandai nak bercakap,

“Kalau dia (Palanivel) ada maklumat yang terperinci tentang orang-orang yang berkenaan (dengan dakwaan mendalangi penerokaan haram itu) hantar surat, beritahu saya,” kata Wan Junaidi.

Junaidi mengulas kenyataan Palanivel pada Jumaat lepas yang mendakwa penerokaan haram di Cameron Highlands sukar diatasi kerana kegiatan itu didalangi oleh ‘individu atau kumpulan berpengaruh’. Kenapa nak takut?? Negara ada undang-undang yang boleh mendakwa mereka.

Menurut menteri itu lagi, pindaan kepada Kanun Tanah Negara adalah di antara tiga rang undang-undang yang telahpun diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan peruntukan denda sehingga RM500,000 terhadap pesalah yang meneroka tanah secara haram. Jadi kenapa perlu takut untuk melaporkannya?? Atau Palanivel ni kena ‘suap’?
 
Tambahnya, pembentangan rang undang-undang itu juga merupakan usaha kementeriannya untuk membendung kegiatan penerokaan haram itu seperti berlaku di Cameron Highlands dan di kawasan-kawasan lain.
 
Menurutnya usaha-usaha penguatkuasaan juga turut dipertingkatkan lagi bagi menghalang mana-mana pihak yang cuba memasuki kawasan yang telah diceroboh di kawasan tanah tinggi itu.-TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *