PAS Beri Kata Dua Kepada PKR


Korang nak tahu tak… Pas dah beri kata dua kepada PKR, untuk memilih sama ada mahu membantu parti Islam itu ataupun parti bongsu dalam Pakatan Harapan dalam kempen PRK nanti.
Menurut Pas, mereka mahu PKR memilih salah satu parti untuk membantu dalam kempen ini dan Pas tidak berharap serta memaksa PKR untuk membantu Pas dalam dua PRK yang diadakan secara serentak ini.
Naib Presiden Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Pas tidak akan memaksa parti dalam Pakatan Harapan untuk membantu kempen jentera Pas memandangkan Pas kini bukan lagi rakan sekutu mereka.
“Itu hal dia (PKR), dia nak tolong siapa, terserah pada dia. Kita pun nak tengok juga dia nak tolong siapa, Amanah atau Pas. Nak paksa tidak boleh, terserahlah nak pilih siapa pun,” kata Mohd Amar.
Makin pening laa PKR gamaknya… Suruh putuskan saja hubungan dengan Pas, PKR tak mahu… Last-last, PKR sendiri kena tanggung apabila terpaksa memilih untuk membantu Pas ataupun Parti Amanah Negara (PAN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Macam ni jer lah PKR… PKR tak payah susah-susah nak jaga hati Pas atau Pakatan Harapan… PKR tinggalkan saja Pas dan pergi jer tolong calon Pakatan Harapan tu… Kalau betul PKR masih setia berkawan dengan Pas… Takkan PKR sanggup sertai Pakatan Harapankan.
So, Pas pun tak payahlah nak berharap sangat dengan PKR tu… Pas pun dah ada IKATAN… IKATAN mampu bantu Pas untuk menang dalam PRK ni dan menewaskan calon Pakatan Harapan yang masih belum diumumkan tu. – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *