Pelakon THOR akan pegang watak utama James Bond.

Selalu dok tengok filem Hollywood ‘Thor’ mesti u’olls semua kenal sangat dengan watak jahat adik angkat Thor iaitu Loki kan? Watak Loki yang dipegang oleh pelakon Tom Hiddleston memang cukup terkenal sebagai seorang lelaki jahat yang mempunyai kebolehan menukar dirinya dalam apa saja rupa yang dia mahukan..

Bukan la pasal filem ‘Thor’ yang Miss A nak kongsikan kat u’olls.. Tapi, pasal filem ‘James Bond’.. Daniel Craig memang cukup popular sebagai watak ejen 007 James Bond.. Filem last yang dilakonkan Craig adalah ‘Spectre’..

Sebenarnya filem itu masih lagi ada sambungan, pihak penerbitan filem iaitu MGM Studio bakal membuat dua lagi filem sambungan untuk ‘James Bond’.. Tapi, Craig sebenarnya dah tak nak berlakon dan pegang watak James Bond.. Craig sendiri maklumkan filem ‘Spectre’ adalah lokanan terakhirnya..

Walaupun pihak penerbit nak bayar jumlah bayaran yang tinggi pada Craig supaya masih lagi pegang watak tu, Craig tetap menolak.. Craig tolak tawaran tu sebab bosan dengan kritikan yang selalu diterima pasal filem tu..

Disebabkan Craig dah tak mahu lagi jadi ejen 007 ada khabar angin tersebar luas kat Hollywood mendakwa Loki iaitu Hiddleston bakal dipilih untuk dijadikan sebagai watak baru James Bond..

Agak-agak lakonan Heddleston dalam James Bond akan dibayangi oleh watak jahat dalam filem ‘Thor’ tak? Dalam filem ‘Thor’ selalu kalah, dah pegang watak James Bond ni mesti Hiddleston akan sentiasa dikeliling artis wanita muda dan cantik-cantik..

Filem James Bond memang cukup terkenal dengan adegan mesra James Bond dengan pelakon wanita muda yang cantik.. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *