Pembangkang Hancurkan Negara Dengan Isu Remeh

Isu politik remeh di Malaysia nampaknya tidak ada kesudahannya. Pembangkang selalu membuat isu remeh yang sengaja dipolitikkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Gambaran buruk itu akan mencerminkan kepada rakyat bahawa negara didalam bahaya.

Pembangkang akan kaitkan isu sensitif kepada rakyat mengenai ekonomi negara. Dengan cerita yang diputar belitkan, ia akan membuat rakyat menjadi marah kepada pemimpin negara. Isu remeh yang dipolitikkan juga akan mencemarkan imej negara.

Namun , ekonomi negara tetap kukuh walaupun pihak pembangkang sering memberi gambaran yang buruk mengenai Malaysia untuk kepentingan diri sendiri. Pihak pembangkang hanya mahu negara menjadi huru-hara, seperti yang terjadi didalam Pakatan Harapan yang bermusuh antara satu sama lain.., walaupun berada didalam satu kapal yang sama.

“Politik sentiasa rancak di negara kami, tetapi jika isu-isu terlalu dipolitikkan – sebagaimana yang berlaku – realiti kisah kejayaan berterusan Malaysia sukar dilihat,” kata Najib Razak pada Malaysia-United Kingdom Investor Showcase

Perdana Menteri juga memberi jaminan bahawa ekonomi Malaysia berada diatas landasan yang betul. Dengan setiap krisis yang berlaku menjadikan negara lebih kukuh dan dapat bersaing seiring dengan negara luar.

Isu GST yang hangat diperkatakan banyak membantu negara dari segi ekonomi. Mungkin sedikit membebankan tetapi ia memberi kesan positif kepada negara. Kerajaan tidak akan melakukan sesuatu untuk menyusahkan rakyat seperti yang dilaungkan pembangkang, tetapi kerajaan melihat tentang perlunya GST dijalankan untuk meningkatkan taraf ekonomi negara. Sebagai rakyat, kita perlu bersatu untuk mencapai status negara maju.

“Antara 2009 dan 2015, pelaburan langsung asing kami berkembang lebih 22 peratus setahun.., manakala pendapatan negara kasar meningkat hampir 50 peratus, 1.8 juta pekerjaan diwujudkan dan inflasi kekal rendah. Kedudukan ini mengesahkan kemajuan yang kerajaan telah lakukan dalam meningkatkan kecekapan dan daya saing di negara kami melalui Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi,” kata Najib Razak. – Hkay/Utaranew.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *