Pembangkang Sukar Elak Pertembungan Sesama Sendiri

Nampaknya, parti pembangkang sukar untuk mengelak dari bertembung sesama sendiri walaupun pembangkang dikatakan telah mengadakan perbincangan sesama mereka dan telah mendapat keputusan sebulat suara.

Perkara ini dapat dilihat sendiri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang berlangsung baru-baru ini… Pembangkang telah mengatakan mereka telah selesai mengagihkan kerusi dan tiada pertindihan kerusi akan berlaku dalam PRN tersebut.

Tapi, apa yang berlaku pada PRN terbabit amat mengecewakan…. Pembangkang dilihat telah menipu rakyat secara terang-terangan, apabila terdapat hampir 5 kerusi bertindih sesama mereka… Ini jelas mereka tidak dapat bertolak ansur dan ghairah mahukan kuasa.

Disebabkan keghairahan mereka berebut untuk mendapatkan kuasa atau kerusi… Pembangkang mengalami kekalahan paling teruk dan memalukan, apabila kehilangan banyak kerusi pada PRN yang baru berlangsung baru-baru ini.

Bila dah kalah teruk dalam PRN…. Pembangkang telah bersuara untuk bersatu hati dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, dan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan berlangsung pada 18 Jun ini.

Pembangkang mengatakan mereka akan mengelak perkara yang berlaku dalam PRN Sarawak berulang dalam dua PRK ini… Pembangkang mahu ‘one by one’ dengan calon Barisan Nasional dan tidak mahu ada pertembungan sesama sendiri.

Walaupun itu merupakan hajat besar pembangkang… Tetapi hajat tersebut dilihat tidak akan tercapai, memandangkan Pas telah menegaskan akan tetap bertanding dalam dua PRK itu serta telah memutuskan nama calon.

Bila Pas dah bertegas mahu bertanding… Parti pembangkang dalam Pakatan Harapan dikhabarkan tidak mahu beralah dengan Pas, dan mereka mahu mencalonkan seorang calon Pakatan Harapan dalam dua PRK ini.

Sekiranya Pakatan Harapan meletakkan calon dalam PRK ini… Ia jelas pembangkang sukar mengelak pertembungan sesama sendiri… Mereka sebagai parti pembangkang sepatutnya bersatu… Tapi apa yang berlaku, masing-masing cuba menunjuk kekuatan masing-masing. – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *