Penduduk Kuala Kangsar Mahu Calon Tempatan

Menjelang Pilihan Raya Kecil Dun Kuala Kangsar pada 18 Mei, yang dahulunya disandang oleh arwah Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Mohamad. Allahyarham merupakan anak tempatan yang menjadi Ahli Parlimen di kawasan tersebut. Kini , penduduk Kuala Kangsar mahu calon yang bakal mengantikan beliau juga adalah penduduk tempatan.

Penduduk mahu seorang yang berjiwa rakyat seperti beliau, yang sentiasa turun padang untuk melihat rakyat. Jika calonnya adalah penduduk tempatan di situ, masalah yang dihadapi oleh rakyat mungkin senang untuk diselesaikan kerana calon memahami norma masyarakat di kawasan tersebut.

Bagi penduduk Kuala Kangsar, mereka meluahkan rasa mahukan calon yang komited seperti yang sebelumnya kerana dapat memahami masalah mereka serta kehendak rakyat. Bagi mereka, jika calon luar tidak mungkin mempunyai semangat untuk membawa perbaharuan berbanding calon tempatan.

Dalam pada itu, penduduk Kuala Kangsar merasakan calon orang tempatan adalah lebih baik kerana dapat menilai sikap dan cara kepimpinan kepada rakyat.

“Sememangnya dalam pemilihan calon, penduduk pastinya mahu individu itu adalah orang tempatan. Dulu kami dapat orang tempatan, jadi kami mahu teruskan legasi tersebut.

“Lagipun, rakyat terbiasa dengan kekerapan Datuk Wan bertemu masyarakat. Jadi, sudah pasti mereka mahu tradisi itu diteruskan,” katanya.

“Sekiranya calon adalah orang luar, saya khuatir perkara-perkara yang membabitkan semangat membangunkan Kuala Kangsar mungkin tidak begitu menjadi “, kata penduduk.

Tapi, jika hanya melihat dari satu sudut sahaja tidak mencukupi untuk menilai keperibadian calon. Oleh itu, rakyat perlu bijak untuk memilih calon dari parti yang dapat menyediakan keperluan dan kehendak rakyat seperti yang dijanjikan. Bukan parti yang semasa berkempen sahaja pandai menabur janji bagi meraih undi rakyat. – Hkay/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *