Penyokong Palanivel Buat Kecoh Di Mesyuarat MIC


Situasi agak tegang berlaku di hadapan dewan utama, pusat beli-belah One City, Subang, ketika berlangsungnya Mesyuarat Luar Biasa (EGM) parti itu, hari ini.
Mana tidaknya jika kira-kira 100 individu yang dipercayai penyokong serta geng-geng bekas Presiden MIC,  Datuk Seri G. Palanivel berkumpul di hadapan dewan utama tersebut dan dengan sengajanya mereka menimbulkan kekecohan sehingga menyebabkan berlakunya rusuhan.
‘Tetamu yang tidak diundang’ itu datang ke mesyuarat tersebut dan cuba masuk ke Grand Boulevard di One City, di mana EGM itu berlangsung. Tujuan mereka mahu masuk adalah untuk mensabotaj dan menghentikan mesyuarat berkenaan yang turut dihadiri Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam.
Ada diantara mereka yang bertindak biadap dan melampau dengan membaling botol ke arah polis yang berkawal di luar lokasi mesyuarat. Penyokong-penyokong Palanivel itu juga kedengaran mengeluarkan kata-kata sesat dan menyifatkan Presiden MIC sebagai penipu, apabila mereka tidak dibenarkan memasuki dewan.
Sementara itu, ada juga dikalangan mereka yang mencetuskan kekecohan tersebut menjerit meminta supaya Subramaniam keluar dari dewan tersebut… Bukan itu je, dorang turut mendesak supaya Subramaniam meletak jawatan selaku presiden MIC.
Walaupun kekecohan tersebut sedikit menggangu mesyuarat terbabit, namun mesyuarat tetap berlangsung di dalam dewan, sementara ada ahli daripada kumpulan yang membuat kecoh di luar. Kira-kira 50 anggota Unit Penggempur Ringan (LSF) ditempatkan bagi mengawal keadaan. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *