Perkasa Mahu Jadi Polis Pengiring Mahathir


Selepas perkhidmatan pengiring polis bermotosikal (police outriders) bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dikhabarkan ditamatkan, kumpulan pendesak Melayu, PERKASA tampil menyelar penamatan perkhidmatan polis pengiring bermotosikal berkenaan.
Menurut PERKASA, penamatan perkhidmatan pengiring polis bermotosikal itu jelas satu tindakan politik yang sedang diambil memandangkan Mahathir kerap menggunakan perkhidmatan tersebut untuk menentang  kerajaan Datuk Seri Najib Razak.
“PERKASA berpendapat ini suatu alasan serta ayat politik pihak kerajaan semata-mata kerana ternyata Dr Mahathir telah pun diiringi oleh sukarelawan konvoi motosikal berkuasa tinggi ketika tiba di lapangan terbang Kepala Batas semalam hingga ke Tesco Stargate, akibat ketiadaan polis pengiring rasmi seperti biasa,” kata PERKASA.
Memang patut pun perkhidmatan polis pengiring Mahathir ini ditamatkan… Bila orang dah bagi guna khidmat ni, Mahathir menyalah gunakan khidmat ni pulak …. Bila ditarik balik, mula nak meroyan.
Polis pengiring ini disediakan bagi melancarkan perjalanan seorang pemimpin untuk mengurus negara…. Tapi Mahathir menggunakan polis pengiring ini untuk ‘menjahanamkan’ negara, dengan sanggup bersengkokol bersama pemimpin-pemimpin pembangkang.
Lagipun khidmat polis pengiring Mahathir tidak lagi muktamad bahawa telah ditamatkan… Cuma perkhidmatan polis pengiring ini tidak disediakan kepada Mahathir ketika berada di Kedah kerana Mahathir mahu menghadiri majlis Deklarasi Rakyat.
PERKASA tak perlu nak melalak kuat sangat pasal penamatan perkhidmatan polis pengiring Mahathir ini…. Sebenarnya, khidmat polis pengiring Mahathir perlu ditamatkan sejak dahulu lagi….  Bukan baru ditamatkan pada 28 April yang lalu.
Kalau PERKASA nak melalak jugak…. Apa kata PERKASA saja yang jadi polis pengiring Mahathir…. Kemana saja Mahathir pergi, PERKASA perlu iringi Mahathir dan pastikan perjalanan Mahathir tidak ‘tersangkut’!! – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *