#PRNSarawak : DAP Mula Salahkan SPR


Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 7 Mei ini, DAP dilihat sudah mula meroyan apabila cuba menuding jari kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan menuduh SPR hanya membutakan mata, memekakkan telinga dan membisu mengenai insiden yang berlaku dalam PRN kali ini.
Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, PRN kali ini telah dicemari dengan politik wang serta ugutan… Tetapi, sehingga hari ini SPR tidak mengambil sebarang tindakan dan hanya membisukan diri.
Menurut Kit Siang, dalam PRN kali ini terdapat pengundi yang telah disogok dengan wang sebanyak RM2000 seorang…. Katanya, sogokan ini jelas menunjukkan pihak terbabit cuba membeli undi daripada rakyat Sarawak.
Mak aiii… Parti mana tu yang sanggup sogok sampai RM2000 sorang… Kalau RM200 sorang tu boleh laa nak percaya lagi…Ni sampai RM2000 seorang macam tak logik pula… Kalau dapat 10 undi dah abes RM10,000 kat situ… Bayangkan lah kalau parti tu beli undi di kawasan terbabit 1000 undi… Dah 2 juta habis kat situ.
Rasanya Kit Siang dah mula mengarut ni…. Takkan BN nak bagi banyak tu untuk beli undi… Banyak lagi cara boleh dapatkan undi… Kalau DAP yang bagi banyak tu boleh laa nak percaya…. DAP kan dapat dana yang banyak dari negara Zionis.
Dalam duk nak menyalah SPR, Kit Siang boleh mengajar pengundi yang mendapat sogokan RM2000 tu supaya terima saja wang tersebut, tetapi pada hari mengundi jangan undi parti yang bagi sogokan tu… Undi DAP.
“Pengundi ambil sahaja apa yang diberikan, tetapi hendaklah undi untuk ubah dan demi generasi akan datang,” kata Kit Siang.
Selain itu, Kit Siang turut menuduh SPR gagal menjalankan tugas dengan amanah apabila peruntukan dan kelulusan pembangunan projek yang dibuat para menteri tidak dipandang serius, sedangkan ia sebagai umpan membeli undi rakyat Sarawak.
Lawak betul Kit Siang ni… Kalau melulus dan memperuntukan sesuatu projek pun nak dituduh untuk membeli undi… Dah memang itu tugas para menteri… Karang tak lulus dan peruntukkan, kata pemimpin tak buat kerja…. Sapu semua duit peruntukan projek pulak. – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *