#PRNSarawak : DAP, PKR Bakal Kalah Teruk Di Dun Batu Kitang

Tak faham betul dengan Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAN… Nama pun rakan sekutu sebagai parti pembangkang, tapi dalam Pilihan Raya masing-masing berebut kerusi untuk bertanding.

Korang tengok apa yang berlaku dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak…. Orang ramai serta penganalisis politik menyangka pertembungan antara DAP dan Pas dalam PRN paling banyak, memandangkan Pas sebelum ini mengisytiharkan mahu menggempur semua kerusi milik DAP.
Tetapi, dalam PRN Sarawak kali ini… Ramai yang terkejut apabila pertembungan antara DAP dan Pas cuma di satu kerusi, tetapi pertembungan antara DAP dan PKR paling banyak iaitu di 5 kerusi DUN.
Pertembungan ini mencatatkan sejarah dalam PRN, PKR dan DAP dilihat cuba menuding jari antara satu sama lain… Masing-masing tidak mahu mengalah untuk memberi ruang kepada rakan sekutu untuk bertanding secara ‘one by one’ dengan pihak musuh.
Disebabkan masing-masing tidak mahu mengalah, maka kedua-dua parti terbabit mengambil keputusan untuk meneruskan berjuang merebut kerusi Dun Batu Kitang dan mahu persaingan kerusi itu dilakukan secara ‘sihat’.
Bagaimanapun, semalam Andy dikhabarkan PKR telah memberi amaran keras kepada DAP kerana sanggup melancarkan serangan terhadap calon PKR di Dun Batu Kitang, Voon Shiak Ni.
Dah nama pun DAP… Dorang kalau nak dapatkan kuasa memang sanggup tikam belakang kawan…. Tengok sajalah apa yang dilakukan DAP kepada Pas… Demi kuasa, DAP sanggup menendang Pas dalam gabungan parti pembangkang dan menguburkan Pakatan Rakyat yang telah berjaya menguasai beberapa negeri.
Bila DAP dan PKR duk bergaduh untuk berebut kerusi macam ni…. Duk menyerang antara satu sama lain… Korang rasa calon parti ini pilihan yang terbaik ke untuk dipilih sebagai wakil rakyat???
Dengan kejadian yang sedang menimpa parti dalam Pakatan Harapan ini… Kita sudah mengetahui bahawa kedua-dua parti akan kalah teruk di Dun berkenaan kerana mereka telah menunjukkan ‘belang’ sebenar kepada rakyat. – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *