#PRNSarawak : Wang Sogokan Tiada ‘Nilai’ Untuk Gadai Undi

Nampaknya pihak pembangkang telah menggunakan taktik kotor iaitu dengan memberikan wang untuk memancing undi.. Adakah masih ‘relevan’ permainan ini untuk diguna pakai oleh pihak pembangkang yang terdesak untuk memenangi kerusi yang dipertandingkan. Dengan tiada sokongan yang baik oleh rakyat, mungkin cara ini boleh digunakan tetapi kini rakyat Sarawak tidak lagi buta untuk menilai sesebuah parti.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang lepas, parti DAP memenangi banyak kerusi.  Tetapi tiada apa yang boleh dilihat bagi membantu rakyat, malah mereka bergaduh sesama sendiri di dalam DAP sehingga terjadinya perpecahan didalam parti mereka..
Bukan itu saja, mereka juga dikatakan bergaduh sesama parti sekutu mereka iaitu parti PKR dan PAS sehingga Pas akhirnya mengambil keputusan untuk keluar dari Pakatan mereka.. Dengan sikap DAP yang perasan seperti ‘Abang Long’ di dalam parti pakatan, pertelingkahan ini mungkin akan berpanjangan…
Pada PRN Sarawak kali ini, mungkin rakyat Sarawak dapat mengubah serta memperbaiki ‘citarasa’ mereka dengan memilih Barisan Nasional (BN) bagi menjamin masa depan negeri Sarawak.
Masa depan negeri Sarawak sangat penting berbanding wang ringgit semata-mata, jangan terkeliru dengan agenda parti pembangkang yang hanya mahu memenangi kerusi untuk kepentingan mereka sahaja. Hkay yakin rakyat Sarawak cukup bijak untuk memilih.
BN bukan hanya berjuang untuk memastikan kesejahteraan generasi sekarang tetapi juga untuk merancang masa depan yang cemerlang untuk generasi baru, bak kata Perdana Menteri. – Hkay/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *