Shabudin Yakin Dengan Siasatan SPRM & Polis


Sudah sebulan kes penyelewengan tanah Taman Manggis dan pembelian rumah banglo mewah membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah berlalu… Namun sehingga hari ini kertas siasatan terhadap kes ini sama ada dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ataupun dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum disiapkan.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlebih dahulu menerima laporan penyelewangan ini, bagaimanapun masih bertindak ‘lembap’ apabila sehingga ke hari ini masih belum memanggil Guan Eng untuk melengkapkan kertas siasatan.
Agak hairan mengapa SPRM cuba untuk melengah-lengahkan kes Guan Eng ini… Jika kes penyelewengan membabitkan orang biasa, cepat saja SPRM melakukan kerja.. Tapi kes Guan Eng, SPRM dilihat cuba melindungi Guan Eng dari diheret ke muka pengadilan.
Kenapa SPRM bertindak memilih bulu dalam kes-kes seperti ini?? Adakah SPRM sedang mewujudkan tangan-tangan ghaib untuk menghapuskan segala dokumen-dokumen mengenai kes Ketua Menteri Pulau Pinang ini??
Walaupun pihak SPRM dan polis masih belum melengkapkan kertas siasatan, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya yang membangkitkan isu ini yakin siasatan SPRM dan polis mampu memberi jawapan kepada soalan yang dibangkitkan ini.
Menurut Shabudin, beliau yang membangkitkan isu ini tidak pernah menuduh Guan Eng bersalah dalam hal ini, tapi beliau bangkitkan isu ini untuk mendapatkan kepastian kerana terdapat beberapa kemusykilan dalam isu ini.
Dalam masa sama, Shabudin menggesa pihak SPRM dan polis agar dapat menyegerakan siasatan kerana rakyat khususnya, rakyat Pulau Pinang sedang menanti kesudahan mengenai isu ini. – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *