Sharnaaz Ahmad Maki Haters ‘Telur Kecik’

Memang tak boleh nak di tegur langsung Sharnaaz Ahmad ni, dah ditegur benda memang salah.. Sharnaaz pulak yang nak mengamuk lebih-lebih, yang Miss A pelik tu ramai pulak yang nak ‘backup’ Sharnaaz bila seorang pengacara TV3 menyindir gambar Sharnaaz dan kekasih dok berpeluk sakan seperti pasangan suami isteri..

Kalau tak mahu kena tegur, cepat-cepat la kahwin dengan kakak Neelofa iaitu Noor Nabila tu.. Takkan tak cukup duit lagi nak kahwin? Umur masing-masing pun dah lanjut, nak tunggu apa lagi? Kalau dah kahwin, nak muatnaik gambar peluk sakan dengan Nabila pun tak ada orang nak marah..

Bila dah muatnaik gambar peluk di akaun Instagram, orang tegur ‘bila dah nikah?’.. Sharnaaz nak melenting pulak.. Habis nak suruh orang komen apa kat gambar peluk Sharnaaz dan Nabila tu? “Sweetnya pasangan kekasih ni, nanti saya pun nak bergambar macam ni dengan kekasih saya, mesti ramai orang suka”, macam tu?

Menerusi akaun Instagram Sharnaaz, dia dah memuatnaik sekeping gambar serta kapsyen yang menunjukkan dia masih lagi dok berperang di laman sosial dengan ‘haters’.. Kapsyen yang ditulis Sharnaaz bertulis, “Too all my haters and keybord warrior !! Jebat foo kirim salam sayang dari raub.. Jangan nakal nakal tau.. Wa punya dosa sama tuhan wa jawab.. Lu punya dosa lu jawap.. Salam kawan kawan #buathaterstelowkecik”..

Kasar sangat bahasa Sharnaaz ni aih, dia tegur orang boleh pulak.. Bila diri tu dah kena tegur melatah lebih-lebih Sharnaaz ni.. Sharnaaz gelar semua ‘haters’ adalah ‘telur kecik’.. Hahaha.. Habis kalau ada ‘haters’ perempuan tu Sharnaaz nak panggil apa pulak?? – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *