SPR Akan Adakan Mesyuarat Khas Untuk PRK Kuala Kangsar & Sungai Besar

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), mereka akan mengadakan perbincangan khas pada Jumaat 13 mei ini untuk membincangkan tarikh penting bagi mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, pihaknya telah menerima kenyataan rasmi berhubung kekosongan kedua-dua kerusi tersebut daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat. Mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

Tajuk yang akan dibincangkan adalah penentuan tarikh-tarikh penting untuk Pilihan Raya Recil (PRK) bagi Dun Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Antaranya, tarikh penamaan calon, tarikh pengundian awal, tarikh hari mengundi,  daftar pemilih yang akan digunakan dan persiapan bagi melancarkan proses semasa pengundian berlangsung.

“Sehubungan dengan itu, selaras dengan artikel (54) 1 perlembagaan persekutuan telah wujud kekosongan luar jangka dan bagi mengisi kekosongan kerusi P.067 Kuala Kangsar dan P.093 Sungai Besar, SPR akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan semua perkara berkaitan Pilihan Raya Kecil tersebut“ kata Datuk Abdul Ghani Salleh.

Kekosongan itu berkaitan dengan penyandang Kerusi Parlimen Sungai Besar dan juga Anggota Parlimen Kuala Kangsar yang terkorban dalam nahas helikopter pada 5 mei lepas, di Sebuyau Sarawak. – Hkay/Utaranews.com 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *