Stokin Yang Dipakai Stacy Dah Mencuri Perhatian Peminat

Sejak Stacy dah berkahwin dengan Akim dan memeluk agama Islam, peminat tak habis-habis dok menunggu Stacy untuk tampil berhijab sepenuhnya.. Kalau u’olls follower setia akaun Instagram Stacy, mesti selalu dok baca komen dari peminat minta Stacy untuk berhijab..

Baru-baru ini Stacy dah kongsikan satu gambar di tepi pantai, dan gambar itu dah mencuri perhatian ramai peminat.. Miss A tengok biasa ja gambar tu, tapi peminat punya mata nampak semua.. Stacy dalam gambar tu dah pakai stokin..

Walaupun hanya pakai stokin, besar betul effect stokin tu kat Stacy.. Peminat berharap bila Stacy dah pakai stokin, selepas ini Stacy akan mula untuk memakai tudung.. Sebagai seorang yang beragama Islam, kaki tu kan dikira sebagai aurat jugak..

Jadi tak mustahil bila Stacy dah pakai stokin nak menutup aurat kaki, lepas ini dia akan mula menutup aurat rambut pulak.. Kelakar betul la peminat Stacy ni, pakai stoking tapi pakai baju sendat dan ketat kat badan pun boleh ke?

Kalau berhijab tapi pakai tak menggambarkan diri tu berhijab, baik tak payah.. Ketat sana sini macam artis-artis tempatan yang berhijab.. Ingat aurat tu tutup rambut je ke? Kalau nak berhijab semata-mata nak mengikut trend baik tak payah.. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *