Surat Dalam Bahasa Melayu Pun ‘Pemakan Dedak’ Mukhriz Tak Faham?

Antara kebodohan ‘pemakan dedak’ yang taksub pada Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya, Dato’ Seri Mukhriz, mereka seringkali gagal memahami sesuatu yang dinyatakan walaupun sudah dijelaskan sejelas-jelasnya.

Mungkin disebabkan tahap otak mereka yang hanya ditahap kepala lutut, maka mereka sering gagal memanfaatkan otak mereka untuk memahami sesuatu. Jika penjelasan yang diberikan itu dalam bahasa Inggeris, mungkin dapat dimaafkan.

Tapi, jika ia ditulis dalam bahasa Melayu mudah pun mereka tidak faham, maka mungkin otak mereka sudah menjadi ‘bengap’ akibat memakan ‘dedak’ secara berlebihan. Sebagai contoh, surat yang ditulis Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkaitan Mahathir dan Deklarasinya bersama Lim Kit Siang.

Puak ‘pemakan dedak’ mendakwa surat berkenaan menjelaskan tentang kononnya Anwar cuba mengingatkan kembali agenda utama Mahathir iaitu menjatuhkan Dato’ Seri Najib Tun Razak dari kerusi Perdana Menteri, dan bukannya menukar kerajaan sedia ada.

‘Pemakan dedak’ itu juga mendakwa kononnya surat Anwar itu bermaksud beliau mahu Najib kekal sebagai Perdana Menteri sehingga Barisan Nasional (BN) dikalahkan. Itu antara ‘pemahaman’ dari otak ‘pemakan-pemakan dedak’ yang penulis terbaca di media sosial…

Sekiranya diteliti secara keseluruhan, surat Anwar itu sebenarnya bermotifkan beliau tidak setuju untuk bersekongkol dengan Mahathir yang mendendangkan ‘Deklarasi Mahathir-Kit Siang’. Katanya, jika Najib dijatuhkan oleh deklarasi itupun, ia tidak akan menghilangkan budaya ‘autokratik’ yang menguasai pentadbiran kerajaan.

Apa yang dimaksudkan Anwar itu adalah jika Najib dijatuhkan menerusi ‘Deklarasi Mahathir-Kit Siang’, maka penguasaan ‘autokratik’ akan tetap berlaku apabila individu yang dipilih Mahathir berjaya menjadi Perdana Menteri menggantikan Najib.

Secara tersirat, penulis yakin bahawa Anwar turut bersetuju dengan teori-teori ramai penganalisis politik yang mengatakan Mahathir mempunyai agenda untuk melihat anaknya Mukhriz naik menjadi Perdana Menteri secara ‘ekspress’.

Mungkin kerana menyedari bahawa penguasaan pentadbiran ‘autokratik’ oleh seorang bekas pemimpin yang mengamalkan corak pemerintahan ‘dictatorship’ dulu, maka Anwar cepat-cepat bingkas bangun untuk membantah deklarasi yang akan menjulang Mukhriz sebagai Perdana Menteri.

Bagi mereka yang belajar ilmu politik, pentadbiran dan pemerintahan kerajaan di pusat-pusat pengajian tinggi, mereka akan mengakui kebenaran mengenai motif sebenar kandungan surat Anwar tersebut. Mereka sudah tentu mampu kesan tentang betapa bencinya Anwar pada Mahathir di dalam surat tersebut, bukan?

Malangnya, surat dalam bahasa Melayu seperti itu pun gagal difahami dengan jelas oleh puak-puak yang mendewakan Mahathir dan Mukhriz? Mungkin Mahathir dan anaknya itu hanya mampu mempengaruhi ‘otak-otak tolol’ seperti mereka-mereka itu. Hanya tahap otak serendah itu yang mampu diperbodohkan Mahathir dan Mukhriz? – Amir Hamzah/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *