Tulisan Mahathir Kian Canggung, Makin Teruk 'Alzheimer'?


Seperti yang kita maklum, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini menulis lagi di laman blognya. Kali ini, tulisan Mahathir menafikan dakwaan yang mengatakan dia cuba melonjakkan anaknya, Dato’ Seri Mukhriz sebagai Perdana Menteri.
Membaca satu persatu tulisan beliau, penulis dapat merasakan Mahathir kini tidak memiliki ketajaman pemikiran seperti dulu. Tulisannya begitu canggung, dan alasan-alasan yang diberikan pula amat mudah dipertikai.
Berikut adalah tulisan Mahathir dan pandangan penulis secara peribadi:
1. Konco-konco Najib gemar menyatakan bahawa saya mahu menurunkan Najib sebagai Perdana Menteri kerana dia tidak mempromosikan anak saya, Mukhriz, untuk menjadi Perdana Menteri. Wartawan, dalam dan luar negara, juga bertanya soalan yang sama.
Penulis: Bukan saja konco Najib, malah rakyat biasa yang memerhati gelagat Mahathir pun ramai yang dapat menghidu ‘muslihat’ gerakan politiknya. Mungkin kerana kelicikan Mahathir sebelum ini membuat ramai yang mudah ‘membaca’ strategi ‘lapok’ sebegini. Nafikanlah sejuta kali pun, rakyat sedar motif sebenar bekas ‘diktator’ ini.
2. Saya tahu walau apa pun penjelasan yang saya buat tidak akan menghentikan orang-orang Najib daripada mengulangi dakwaan ini untuk mengalihkan perhatian daripada salah laku Najib.
Penulis: Tiada bukti benar dan sahih yang menunjukkan Najib mempunyai salah laku seperti yang didakwa Mahathir. ‘Salah laku’ Najib yang dicanang Mahathir itu sendiri menunjukkan salah laku Mahathir yang memetik dari sumber tidak benar, direka-reka, diubah suai untuk dijadikan ‘bukti palsu’. Boleh rujuk dengan Xavier Justo di penjara Thailand untuk pemalsuan dokumen dari sumber yang dikatakan Mahathir sebagai ‘benar’ itu.
Kerana menyerang Najib bersandarkan bukti palsu itulah, maka ramai yang sedar ‘muslihat sebenar’ Mahathir dan mengesyaki agendanya mahu membuka laluan untuk Mukhriz menjadi Perdana Menteri setelah menyedari tentang anaknya yang tidak mendapat sokongan dari majoriti ahli UMNO di seluruh negara.
3. Jika saya mahu, sudah pasti saya boleh semasa saya menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO mempromosikan Mukhriz sebagai pemimpin UMNO. Tetapi saya tidak pun sesekali membenarkan anak-anak saya untuk bertanding untuk jawatan dalam UMNO atau untuk menjadi calon dalam pilihan raya.
Penulis: Benar Mahathir secara langsung menghalang anaknya terlibat politik ketika dia menjadi Perdana Menteri. Tapi, seluruh rakyat maklum bagaimana anak-anak Mahathir begitu aktif membina empayar perniagaan ketika itu sehingga ada yang diiktiraf antara terkaya di negara ini. Mukhriz pula terkenal dengan Opcom.
Ketika itu, khabarnya ramai ahli perniagaan Melayu yang mengeluh di belakang dan mendakwa tentang penggunaan alamat kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana sebagai alaman surat menyurat. Bila guna alamat Seri Perdana, ada sesiapa yang berani kata ‘NO’?
Apakah itu merupakan gerakan awal untuk membina empayar kekayaan bagi digunakan untuk membiayai ‘dinasti politik keluarga’? Tidakkah di situ wujudnya ‘conflict of interest’?
4. Mukhriz juga tidak dapat menjadi ahli UMNO kerana bahagian Kubang Pasu yang saya mengekepalai enggan menerima beliau. Adalah hanya selepas Ibu Pejabat UMNO mengarahkan bahagian baharulah beliau diterima sebagai ahli, iaitu sebelum saja saya bersara.
Penulis: Umumnya kita tahu Mukhriz tidak tinggal di Kubang Pasu. Dia membesar dan bermastautin di ibu negara. Penulis yakin Mukhriz tiada ‘geng’ di Kubang Pasu. Jadi, kenapa Mukhriz tidak menjadi ahli UMNO di kawasan dia tinggal di ibu negara?
Sebelum bersara, UMNO Kubang Pasu dipaksa tanpa rela Mahathir untuk menerima Mukhriz sebagai ahli? Bukankah itu satu tindakan yang tidak demokratik dengan menggunakan paksaan? Bila diterima tanpa rela, padanlah Mukhriz menghadapi kesukaran mendapatkan sokongan dari akar umbi parti di Kubang Pasu. Itu salah Mahathir sendiri, bukan?
5. Beliau bertanding untuk kerusi Parlimen pada 2008 dan menang. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri.
Penulis: Itu buktinya Najib menghargai Mukhriz. Khairy Jamaluddin yang menang kerusi Parlimen Rembau pada 2008 dan menang jawatan Ketua Pemuda UMNO pun tidak diberi penghargaan menjawat jawatan di dalam kabinet.
Itupun Mahathir masih menganggap Najib sebagai musuh? Pada penulis, apa yang Mahathir lakukan sekarang membuktikan dia dan anaknya memang jenis tidak mengenang budi, bagaikan ‘anjing yang tersepit menggigit lelaki yang melepaskannya’.
6. Pada masa itu Kedah dikuasai oleh Kerajaan PAS kerana UMNO di bawah Mahadzir Khalid kehilangan negeri pada tahun 2008.
Penulis: Benar Kedah ketika itu dibawah penguasaan PAS. Apa jasa Mukhriz untuk merampas kembali Kedah dari PAS? 4 bulan sebelum PRU 2013, baru Mukhriz terhegeh-hegeh tunjuk muka di Pedu? Padahal, Dato’ Seri Ahmad Bashahlah yang berjaya menyatukan semua pemimpin UMNO di Kedah ketika itu. Hakikatnya, Mukhriz balik ambil nama dan hasil yang diusahakan orang lain. Tak tahu malukah?
7. Dalam Pilihan Raya 2013 Mukhriz memilih untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri. Orang Kedah percaya bahawa jika beliau dilantik sebagai Menteri Besar, BN akan mengalahkan PAS dan menawan semula Kedah. Najib nampaknya bersetuju. BN mendapat semula Kedah dalam Pilihan Raya 2013. Mukhriz telah dilantik sebagai Menteri Besar.
Penulis: Mahathir lupa? Mukhriz tidak memilih, tapi dia dipilih atas kehendak Mahathir sendiri bukan? Siapa yang jumpa Najib sebelum PRU 2013, mahu anaknya bertanding di Dun Kedah dan dilantik sebagai Menteri Besar sekiranya dia menang?
Siapa ‘orang Kedah’ yang Mahathir maksudkan itu? Dirinya sendiri? BN akan mengalahkan PAS jika Mukhriz jadi Menteri Besar? Itu persepsi Mahathir. Jika benar nama Mukhriz hebat, sepatutnya BN menang di Kedah dengan majoriti 2/3, bukan majoriti mudah!
Bagaimana jika penulis berpandangan bahawa Mukhriz Mahathir penyebab utama BN gagal mendapat kemenangan majoriti 2/3 di Kedah? Di saat akhir, pengundi Cina ‘swing’ kerana nama Mukhriz yang terpalit nama Mahathir yang merupakan penaung PERKASA yang sangat dibenci oleh masyarakat Tiong Hua itu? Mahathir sedarkah sentimen rakyat Kedah padanya, terutama pengundi Cina di beberapa Dun di Kedah?
8. Apabila skandal 1MDB meletup, saya berhenti menyokong Najib. Mukhriz tidak menunjukkan sokongan penuh untuk Najib. Beliau kritis terhadap penjelasan Najib mengenai RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib.
Penulis: Kenapa mudah sangat lupa? Lupa pada serangan yang dilancar terhadap Najib setelah Perdana Menteri itu tolak permintaan untuk ‘bail out’ Proton? Ada beberapa insiden yang kemudian menyebabkan Mahathir ‘serang’ Najib, sebelum isu 1MDB tercetus. Mahathir lupa?
Mukhriz kritis tentang isu RM2.6 bilion ke akaun peribadi Najib? Tidak pula Mukhriz kritis terhadap ‘derma-derma politik’ yang diterima bapanya dulu? Mungkin benar tidak masuk ke akaun peribadi, tapi mungkin dengan menggunakan cara ‘cash’. Berapa banyak ‘cash’ yang tiris di zaman bapanya dulu?
Apa salahnya jika dimasukkan ke akaun peribadi Najib? Ikut suka bilionaire Kerabat DiRaja Arab Saudi untuk menderma ke akaun mana yang mereka sukalah, selagi tidak menyalahi peraturan Bank Negara dan undang-undang. Bila Bank Negara benarkan, maka jelaslah ia tidak menyalahi undang-undang negara. Kenapa? Mahathir dan Mukhriz cemburu bila Najib terima sumbangan lumayan begitu? Itu rezeki masing-masinglah. Allah yang tentukan, bukan?
9. Kerana gagal mendapatkan Mukhriz untuk memberi sokongan padu, Najib mengatur penyingkiran beliau sebagai Menteri Besar Kedah.
Penulis: Itu persepsi Mahathir sahaja. Hakikatnya, Mukhriz gagal menjadi Menteri Besar kerana tidak berjaya memain peranan sebagai ‘parti yang memerintah kerajaan negeri’. Hakikatnya, corak pemerintahan Mukhriz lebih mirip kepada unilateral atau berpusat kepada individu.
Pada pandangan penulis, Mukhriz tidak memerintah secara konsensus bersama parti yang menang pilihan raya. Dia memerintah secara individu, sesuka hati dan tidak mempedulikan pimpinan dan hala tuju yang digariskan parti.
Selain dari selfie dan mengumumkan ‘rancangan’, apa yang Mukhriz buat di Kedah? Melancong di rumah orang kampung yang menjadi ‘homestay’ baginya? Mengejar populariti diri sendiri, tapi kerja tidak mendatangkan sebarang hasil untuk rakyat?
Mungkin Mukhriz tidak beritahu Mahathir bahawa kebajikan yang dinikmati di Kedah semasa dia menjadi Menteri Besar adalah dari Kerajaan Pusat. Sebagai contoh, projek-projek perumahan yang dilaksanakan, boleh dikatakan hampir semua datangnya dari Kerajaan Persekutuan. Mukhriz hanya ‘ambil nama’ saja. Kenapa Mahathir tidak ‘tibai’ Mukhriz?
10. Saya sendiri boleh dengan mudah membantu Mukhriz dengan mengabaikan salah laku Najib dan terus menyokong beliau. Tetapi saya tidak berbuat demikian kerana saya tidak mementingkan masa depan Mukhriz. Saya lebih mementing menggagalkan Najib daripada memusnahkan negara ini.
Penulis: Apa yang dikatakan Mahathir itu saling tidak tumpah maksudnya seperti apa yang pernah diungkap Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika dipecat dulu. Mahathir ‘tiru’ Anwar? ‘Tiru’ tindakan ‘anak emas’nya sendiri?
Lagipun kita tahu, jika terang-terang sangat Mahathir angkat Mukhriz, nanti apa pula pandangan rakyat padanya. Malulah jika naikkan nama anak sendiri, bukan? Sebab itulah ramai yang mengatakan Mahathir cuba menjatuhkan Najib dengan cara tidak betul untuk menyediakan ruang kosong untuk diisi anaknya. Nafikanlah sepuas-puasnya, namun makin terserlah ‘agenda di sebalik agenda’nya…
11. Untuk mencapai matlamat ini, rakyat Malaysia menandatangani deklarasi untuk penyingkiran Najib sebagai Perdana Menteri.
Penulis: Tidak manis bila orang tua berbohong, hanya menambah dosa di usia senja saja. Mahathir sendiri mengaku deklarasinya dengan Lim Kit Siang itu, tidak akan memberi sebarang kesan untuk menjatuhkan Najib dari jawatan Perdana Menteri.
Mahathir sendiri mengaku bahawa dari sudut Perlembagaan Pesekutuan, Yang DiPertuan Agong tidak mempunyai kuasa untuk memecat Najib dari jawatan Perdana Menteri. Dia hanya mengharapkan budi bicara? Jika budi bicara Yang DiPertuan Agong mahu memecat Najib sekalipun, ia tidak boleh dilakukan kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Mahathir sedar hakikat itu.
Jadi, kenapa masih mahu terus menipu rakyat dengan deklarasi yang sepatutnya ‘dibakul sampahkan’ itu? Cuba memberi harapan palsu kepada rakyat? Betul-betul perangai macam Pakatan Harapan yang hanya menabur harapan, tapi hakikatnya palsu semata-mata. Insaflah Mahathir… -Amir Hamzah/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *