Ummi Nazeera Kena Kutuk Bergaya Ala Bollywood

Niat memuatnaik gambar berpakaian ala-ala wanita Bollywood, dah buatkan pelakon Ummi Nazeera kena kritikan hebat dari peminat.. Ummi dah memuatnaik sekeping gambar memakai baju Bollywood untuk mempromosikan drama terbaru yang dilakonkannya..

Untuk slot Zehra di TV3 akan datang, Ummi memegang watak sebagai wanita bernama Nazira dalam drama ‘Nahu Rindu’.. Sebab apa yang Ummi pakai baju ala-ala Bollywood ni Miss A tak pasti.. Mungkin ada adegan dalam drama tu yang mempunyai aksi Ummi menari ala-ala artis Bollywood..

Miss A tengok cantik je Ummi ni pakai sari, tapi netizen mengkritik dan menyifatkan Ummi langsung tak sesuai berpakaian seperti ini.. Komen paling win, dari seorang netizen ialah ‘Tak semua perempuan melayu pakai Bollywood ni lawa.. Cam dia ni, hmm.. Maaf la.. Nampak cam bini bangla”..

Pedih dan kejam, artis secantik Ummi ni u’olls cakap macam bini bangla.. Hahaha.. Mentang-mentang kulit Ummi ni gelap sikit dari artis wanita lain yang putih gebu.. Bila pakai sari je terus u’olls cakap macam tu..

Kalau artis wanita putih gebu pakai sari, mesti ramai kaum adam yang beri komen baik-baik puji cantik je kan? Hahaha.. Diharap Ummi lepas ni lebih peka dalam mengayakan baju yang lebih sesuai dengan warna kulit..

Sekali pandang nampak macam dok berselimut dengan kain langsir yang ambil dari rumah pun ada.. Hahaha.. Sari tu besar sangat kot, tu yang nampak agak tak sesuai dengan Ummi.. Ummi kena pergi cucuk Vitamin C macam Adira tu.. Bagi putih pucat dah macam mayat hidup.. Hahaha.. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *