Umno P.Pinang Terkulai Layu Lawan Guan Eng

Isu pembelian sebuah banglo mewah yang dibeli oleh Guan Eng daripada Phang Li Koon menjadi isu hangat di media sosial dan akhbar-akhbar tempatan.. Ini kerana Guan Eng telah membeli banglo tersebut dengan harga yang lebih murah daripada harga jualan hartanah sebenar.
Setelah semua pihak berperang dengan isu terbabit dan mencari bukti yang kukuh untuk sabitkan Guan Eng dan Phang Li Koon ke atas kesalahan tersebut, nampaknya semua itu hanyalah sia-sia. Walaupun Umno Pulau Pinang telah mengemukakan bukti yang kukuh, tetapi Phang tetap terlepas dari tuduhan melakukan akuan bersumpah palsu dalam isu pembelian skandal banglo mewah Guan Eng..
Mungkin ,Guan Eng juga akan terlepas dengan kes penyelewengan banglo mewah di Jalan Pinhorn.. Tidak dinafikan permainan Guan Eng dengan macai-macai DAP tidak boleh dijangka, sedangkan bukti jelas telah dikemukakan namun tidak ada sebarang hasil bagi tuduhan yang  dibuat ke atas mereka.
Sebelum ini, Guan Eng menyatakan isu ini adalah fitnah semata-mata serta mengelak untuk menjawab isu ini. Ada pihak yang mendesak untuk beliau memberikan kenyataan terhadap isu kontroversi pembelian banglo mewah ini..
Walaupun Phang bebas tanpa sebarang pertuduhan.. Namun Guan Eng belum lagi menang. Umno Pulau Pinang tidak akan membiarkan perkara ini terjadi tanpa membuat sebarang tindakan lain. – Hkay/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *