UMNO Teluk Intan Sedia Hantar ‘Bantuan’ Dalam PRK Kuala Kangsar

Walaupun Barisan Nasional dilihat lebih berpeluang untuk memenangi kerusi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar, ekoran pertelingkahan parti pembangkang yang tidak berkesudahan untuk menetapkan calon.

Namun begitu, Barisan Nasional tidak mengambil mudah dengan peluang yang terhidang ini apabila Barisan Nasional tetap mempersiapkan jentera parti dan disokong oleh jentera parti dari ‘kawasan’ lain.

Dalam PRK Kuala Kangsar, Umno Teluk Intan memaklumkan mereka telah bersedia untuk menghantar ‘bantuan’ dan berkongsi acuan mereka ketika bertempur dalam PRK Teluk Intan pada 2014 yang lalu.

Menurut Ketua Umno Teluk Intan, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin, beliau dan ahli Umno di kawasan Teluk Intan telah bersedia sepenuhnya untuk membantu calon Barisan Nasional memenangi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

“Kita harap dengan adanya pengalaman kami sebelum ini semasa PRK Teluk Intan, BN akan terus mengekalkan kemenangan di Kuala Kangsar sepertimana yang disuarakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.”

“Kami akan gunakan kaedah dan acuan yang pernah digunakan semasa PRK Teluk Intan disana nanti, antaranya berkunjung rumah ke rumah,” kata Azhar.

Memang terbaiklah parti dalam komponen Barisan Nasional ni… Tak macam parti-parti pembangkang… Kerja nak tunjuk kekuatan masing-masing jer…  Pastu kalah, mula nak salahkan satu sama lain.

Tengok macam Umno Teluk Intan ni… Walaupun berada di tempat yang berlainan… Mereka sanggup hantar ‘bantuan’ untuk membantu jentera parti PRK Kuala Kangsar bagi memastikan calon Barisan Nasional menang… Memang terbaiklah Umno Teluk Intan… Kerusi Kuala Kangsar pasti milik Barisan Nasional!! – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *