Wanita Umno Kemuka Dua Nama Calon PRK Kuala Kangsar

Untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar yang akan diadakan pada 18 jun, wanita Umno juga tidak ketinggalan untuk membanting tulang bagi melancarkan PRK kali ini. Pihak wanita Umno juga telah mengerahkan semua ahlinya untuk turun padang berkempen bagi Barisan Nasional (BN).

Wanita Umno Kuala Kangsar juga telah mengemukakan dua nama calon untuk dinilai pucuk pimpinan. Calon wanita tersebut adalah calon tempatan. Ketua wanita Umno Negeri Perak, Dato’ Rusnah Kassim telah mengesahkan bahawa nama calon yang dipilih mempunyai keupayaan dan mendapat sokongan pengundi bagi PRK Kuala Kangsar.

Calon anak tempatan akan mendapat lebih perhatian pengundi, kerana mereka adalah orang yang dikenali serta mudah mesra bersama rakyat. Rakyat juga dapat menilai dari latar belakang calon yang baik untuk menjadi pemimpin mereka. Bagi penduduk Kuala Kangsar, mereka menantikan calon tempatan untuk menggantikan calon sebelumnya yang juga adalah anak tempatan..
                                                         
“Kami serah kepada pucuk pimpinan dalam menentukan calon, dan wanita akan menyokong siapa sahaja calon yang dipilih untuk bertanding dalam PRK itu,” kata Dato’ Rusnah Kassim.

Untuk mengambil langkah awal, mereka telah mengerakkan jentera wanita Umno menjalankan lawatan ke Kuala Kangsar untuk berjumpa rakyat bagi mengenali rakyat dengan lebih dekat. Tujuan mereka adalah untuk memahami masalah dan kehendak rakyat sebelum PRK bermula.

“Wanita sudah berjumpa dengan pengundi kerana kami tidak tunggu sehingga selepas penamaan calon, baru nak bertemu dengan pengundi,” katanya.

Kekosongan kerusi bagi Dun Kuala Kangsar diadakan berikutan nahas helikopter di sebuyau Sarawak yang telah mengorbankan anggota parlimennya iaitu Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.. – Hkay/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *