Yazit Gembira Awie Wings Menyokong Perjuangannya Menentang Amy Search

Siapa yang tak suka bila diri di ambang kejatuhan tapi masih lagi ada insan yang tampil nak membantu.. Macam tu la kot yang Yazit alami sekarang, bila dia dah tahu pertikaian antara dirinya dengan ahli kumpulan Search dah berjaya menarik perhatian Awie Wings dan mempertahankan dirinya dari dikritik oleh Amy..

Yazit akui gembira bila Awie berani untuk tampil bersuara menegakkan keadilan untuk dirinya dengan menghentam vokalis kumpulan Search, iaitu Amy.. Malah Yazit juga merasakan bukan saja Awie akan tampil untuk menyebelahi dirinya..

Lebih banyak lagi pihak akan berada di pihaknya bila isu pertikaian dengan kumpulan Search ini timbul.. Yazit rasa semua orang akan berada di pihaknya sebab tindakan Amy pada dirinya dilihat seperti membuli dirinya yag sedang sakit itu..

Dah Awie bersuara, Yazit yakin lepas ni akan ada lebih ramai kumpulan lain yang akan hentam ahli kumpulan Search.. Hmm, macam-macam hal betul, dengan ahli kumpulan sendiri pun nak berkira.. Dah semakin berlarutan, benda boleh setel cara elok dah jadi panjang bila ramai pihak mula masuk campur..

Rasanya Amy boleh je kot bawa berbincang perkara ini dengan Yazit elok-elok, dan tak perlu sampai nak libatkan lawyer.. Bila dah sampai nak saman Yazit bila keluarkan kenyataan macam tu, lagi la orang akan sokong Yazit..

Dari bising banyak, baik bagi je duit yang Yazit nak tu.. Tak luak pun duit yang Amy akan dapat nanti bila bantu orang dalam kesusahan, buruk macam mana perangai pun orang tu, tak salah kalau kita yang senang ni tolong bila dia di dalam kesusahan..

Bukan bila orang tu perangai buruk, bila dia susah buang dan tak mahu tolong langsung.. Sifat perikemanusiaan dalam hati tu hilang dah ka? – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *