Azmin Ali Di Anak Tirikan Parti Sendiri


Kesian sangat dengan nasib yang menimpa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali! Bukan Apa, Azmin bukan sahaja di anak tirikan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakni partinya sendiri. Malah dia dibuang terus daripada parti kroninya DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).
Mungkin dorang ni marah sangat dan berdendam dengan Pas, sehinggakan nak balas dendam dekat Pas… Sanggup dorang mengabaikan segala cadangan dan suara yang dilontarkan Azmin dalam usaha pembangkang untuk menawan kerusi parlimen Sungai Besar.
Ketua Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Shahrir Abdul Samad, berkata pandangan Azmin dan  bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah sama dan sekepala.
Dorang masing-masing bersetuju dengan cadangan dari segi strategi satu lawan satu dalam pilihan raya kecil itu yang dikatakan akan memberi hasil lebih baik untuk pembangkang. Tapi malangnya kehendak mereka itu diabaikan oleh parti sendiri dan juga blok pembangkang dalam Pakatan Harapan.
Bukan tu je, menurut ahli parlimen Johor Bharu itu lagi… PKR dan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail  itu sendiri telah mengambil langkah dan membuat keputusan untuk menjauhkan diri serta mengendahkan segala pandangan timbalan presiden parti mereka.
“Azmin tentu melihat PKR boleh menyaingi calon BN. Dengan jentera kerajaan negeri dan disokong sekutu dari DAP, PAN (AMANAH) serta PAS, beliau percaya PKR boleh bertembung satu lawan satu dengan BN,” katanya.
Tapi apa boleh buat… Dorang taknak dengar cakap! Siap suruh Azmin jangan masuk campur ketika kempen berlangsung.. Hahahah.. Kesiannya! Tambah pulak sebelum ini Azmin sempat memberi kata dua  kepada PAS untuk tidak bertanding di Sungai Besar.
“Aneh dan pelik juga apabila Wan Azizah sebagai ketua pembangkang dan presiden parti, langsung tiada pemikiran strategik berbanding Azmin dalam menentukan parti mana patut bertanding,
“Saya rasa Azmin pasti kecewa dengan situasi ini selain tekanan daripada DAP, PAS serta kumpulan penyokong Wan Azizah dari dalam PKR sendiri,” ujar Shahrir.
Wan Azizah ni buat macam Azmin tak penting je, padahal si sotong tu merupakan timbalan presidennya. Entah-entah ini semua agenda dan suruhan laki Wan Azizah yang dok dalam penjara tu kot… Suruh abaikan Azmin sebab taknak bagi Azmin jadi gila kuasa. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *