Azmin Perlu Diajar Cara Memerintah Secara Jujur

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd Azmin Ali sepatutnya diajar mengenai cara untuk menjadi seorang pemerintah yang telus, jujur, amanah dan bertanggungjawab dalam segala hal-hal yang berkaitan pemerintahan negerinya.

Bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim melahirkan perasaan bimbang dan khuatir dengan tindak tanduk Azmin sejak kebelakangan ini, kerana acap kali dilihat negeri Selangor mempunyai masalah berhubung perkembangan pentadbiran kerajaan negeri itu.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang juga pernah menerajui kerajaan Selangor selama enam tahun sehingga 2014 berkata, semenjak dia meninggalkan tanggungjawab tersebut rakyat Selangor dilihat seperti terabai dan tidak lagi merasai sebarang dasar atau program baru.

Sudahlah kepentingan mereka diabaikan dan tidak diberi perhatian yang cukup… Malah rakyat di negeri itu juga turut dihimpit dengan pelbagai konflik politik yang berterusan dari hari ke hari. Langsung tak nampak jalan penyelesaian.

Bukan itu sahaja, pucuk kepimpinan kerajaan negeri tersebut juga dihimpit dengan pelbagai salah guna kuasa dan salah laku, disamping dakwaan terlibat dalam jenayah rasuah yang amat memalukan.

Sebab itu la Khalid mencadangkan supaya pengganti Azmin nanti menjalankan kerjanya dengan jujur dan telus. Setiap tindakan yang diambil haruslah melindungi dan menjaga kepentingan rakyat, bukannya nak jaga diri sendiri.

“Buatlah keputusan yang melindungi kepentingan dan kebajikan rakyat.

“Semua mata sedang melihat kerjasama beliau dalam siasatan berhubung dakwaan yang telah dilaporkan kepada pihak berkuasa,” kata Khalid dalam catatan di akaun Facebook miliknya.

Bekas pemimpin PKR itu merujuk kepada laporan yang dibuat oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berhubung dakwaan habuan wang dan perempuan ketika urusniaga dengan kerajaan negeri Selangor.

Akan tetapi bagi menyelamatkan dirinya, Azmin menolak segala pertuduhan tersebut dengan mendakwa ia adalah sebahagian daripada cubaan untuk memburuk-burukkan kerajaan yang ditadbirnya… Tapi pada hakikatnya, memang betul pun kan.. Hahaha! – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *