DAP Nafi “Mabukkan” Pemimpin PAN

Selepas dituduh memberi arak kepada bekas ahli Pas, Ketua Pemuda DAP Wong Kah Woh tampil membalas tuduhan tersebut dengan menafikan bahawa DAP tidak terlibat dengan perpecahan Pas dan pembentukan Parti Amanah Negara (PAN).

Aduiii… Duk main nafi-nafi pula… Terus terang jelah DAP memang ada beri ‘arak’ kepada bekas ahli Pas…. ‘Arak’ DAP punya pasal, bekas ahli Pas sanggup tinggalkan parti Islam tu dan tubuhkan parti baru.

Bila dorang tubuhkan parti baru…. DAP menafikan terlibat dengan pembentukan parti terbabit… Boleh percaya ke DAP tak terlibat dengan pembentukan ni?? Kalau DAP tak terlibat, macam mana dorang ni boleh tubuhkan sebuah parti baru??? Dorang bukannya ada modal nak tubuhkan parti baharu.

Dalam masa sama, Wong turut melahirkan rasa kesal dengan sikap Pas yang menuduh DAP memberi arak dan Pas sanggup mengeluarkan kenyataan biadap dan tidak berasas terhadap DAP.

Wong berkata, sikap Pas itu jelas menunjukkan Pas telah mempelajari taktik dari Umno memandangkan Pas kini sedang bekerjasama dengan Umno sebaik Pakatan Rakyat dikuburkan.

“Ucapan kosong dan fitnah itu tidak akan dilakukan oleh Pas yang dikenali DAP semasa era Pakatan Rakyat. Adalah jelas bahawa selepas berkali-kali mengesahkan kerjasama Pas dengan Umno sekarang dan juga menjadi penasihat kepada Umno.

“Penyakit Umno yang sentiasa menuduh DAP sebagai anti-Melayu dan anti-Islam kini telah merebak kepada kepimpinan Nik Abduh,” kata Wong.

Terus terang cakap… Tuduhan sabitkan Umno ni, memang paling celaka… Asal DAP nak balas serangan Pas…. Mesti sabitkan Umno… Apa masalah DAP sebenarnya yer?? Sampai nak sabit-sabitkan Umno bagai.

Kalau hebat sangat… Balas jelah serangan Pas tu tanpa mengaitkan Umno…. Ni tiap kali nak balas serangan parti Islam tu… Mesti kaitkan dengan Umno… Memang celaka betul DAP ni!! – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *