DAP Takut Dengan Bayang-bayang Sendiri

Parti cauvanis DAP ini sebenarnya takut dengan bayang-bayang mereka sendiri… Ini kerana tindakan mereka yang cuba untuk mengelirukan rakyat soal pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Parlimen itu, sebenarnya langsung tidak ada kaitan dengan DAP.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, kenapa harus DAP memperbesarkan isu berkaitan Akta 355 Mahkamah Syariah, sedangkan isu itu langsung tiada kaitan dengan rakyat bukan Islam di negara ini??

DAP ni umpama anjing dengan bayang-bayang, sebab tu la dorang takut dengan diri sendiri… Dorang cuba mengelirukan rakyat bukan Islam, padahal dorang tahu isu itu hanya berkaitan masyarakat Islam sahaja.

Bukan itu sahaja, kita sudah sedia maklum yang DAP ni dari dahulu lagi memang tak pernah setuju dengan RUU persendirian itu, kerana takut parti mereka kehilangan sokongan orang Islam disebabkan perlaksanaan tersebut.

“Mereka (DAP) sangat bimbang sebab itu mengeluarkan pelbagai tafsiran yang mengelirukan orang lain,” katanya.

Menurut Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO bahagian itu lagi, kesemua pemimpin DAP dan rakyat bukan Islam harus memahami terlebih dahulu mengenai fakta tersebut kerana fakta itu langsung tiada kaitan dengan hukum hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan.

“Sekarang pembahasan mengenai RUU terbabit masih ditangguhkan kepada sesi akan datang dan kita tunggulah. DAP sudah merasai kebimbangannya mengenai perkara itu,” katanya.

Alaaaaa…. Biasa la DAP kan memang terkenal dengan sikap suka cari kesalahan orang lain… Walaupun usul tersebut tiada cacat celanya tapi DAP tetap juga cuba untuk timbulkan kekacauan dan memperburukkannya. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *