Ford Mustang Terbaharu Masuk Pasaran Malaysia

Malaysia menjadi salah satu pasaran terpilih di Asia yang menerima Ford Mustang baharu apabila kenderaan ‘muscle car’ yang dipasang di Flat Rock, Amerika Syarikat itu kini mula dijual oleh pengedar rasminya, Sime Darby Auto Connexion.

Dua pilihan enjin ditawarkan bagi Ford Mustang baharu ini iaitu 2.3-liter EcoBoost (turbo) berkuasa 317PS/432Nm dan 5.0-liter V8 416PS/530Nm dengan harga masing-masing bermula RM488,888 dan RM598,888 (atas jalan, tanpa insurans).
Kedua-dua enjin ini kemudiannya dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan SelectShift yang mampu memberikan keterujaan seperti menggunakan kotak gear manual dengan kemudahan transmisi automatik apabila mempunyai ‘paddle shifter’ pada stereng.
Warna yang ditawarkan bagi kedua-dua varian ini adalah  (Race Red), putih (Oxford White), hitam (Shadow Black), biru (Deep Impact Blue) dan Magnetic. Warna kuning Triple Yellow Tri-Coat pula ditawarkan untuk varian 5.0-liter V8.
Selain keterujaan kuasa dan pengendalian, Mustang baharu ini juga mempunyai teknologi canggih seperti sistem ketersambungan Ford SYNC 2 yang  membolehkan pemandu menggunakan arahan suara untuk mengawal sistem hiburan kenderaan, sistem pendingin hawa dan peranti mudah alih.
Ini pula adalah antara teknologi utama dan ciri keselamatan Ford Mustang baharu:
MyKey – satu sistem yang menggalakkan tabiat pemanduan yang baik. Misalnya penggunaan tali pinggang keledar, had kelajuan maksimum kenderaan dan menurunkan suara sistem audio
Electronic Brake Force Distribution (EBD) – dalam situasi kecemasan, EBD mengimbangi tekanan brek di antara roda hadapan dan belakang, memberikan pemandu kawalan yang lebih baik
AdvanceTrac dengan Electronic Stability Control (ESC)
Electric Power Assisted Steering (EPAS) – diubah suai untuk memberikan pemandu kawalan lebih baik dalam apa jua bentuk permukaan jalan dan keadaan cuaca, menerusi mod pemanduan seperti comfort, sport dan normal
SOS – Post-Crash Alert System
Tyre Pressure Monitoring System (TPMS)
Kamera pandangan belakang, dengan alat pengesan parkir yang mengeluarkan bunyi amaran
Sistem Kemasukan Pintar dengan Butang Penghidup Enjin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *