Mizz Nina Lebih Selesa Digelar Penyajak Dari Penyanyi Rap


Mizz Nina memang cukup dikenali suatu ketika dulu sebagai seorang penyanyi rap yang popular, sebab mampu untuk menghasilkan lagu duet bersama penyanyi Hollywood Colby O’ Donis yang bertajuk ‘What You Waiting For’..
Tapi, setelah berhijrah sepenuhnya Mizz Nina dah pun mengambil keputusan untuk berhenti menyanyi.. Mizz Nina ni berhijrah bukan macam artis-artis tempatan lain dok berhijrah.. Artis lain tu berhijrah sebab nak ikut trend, tapi pakai baju ketat serupa tak pakai tudung..
Dah ambil keputusan tak menyanyi, Mizz Nina lebih selesa bekerja di belakang tabir sebagai pengacara dan seorang penyajak.. Mizz Nina dah hasilkan satu sajak dalam bentuk ‘rap’ untuk nampak lebih kelainan..
Sajak Mizz Nina memang dah disukai ramai orang sampai Mizz Nina dah dipanggil untuk menyampaikan sajak di sebuah universiti.. Kalau orang lain kenali Mizz Nina sebagai seorang artis dan penyanyi, Mizz Nina sebenarnya lebih selesa untuk dikenali sebagai penyajak..
Waktu berada di universiti menyampaikan sajak, jurucakap dah memperkenalkan Mizz Nina sebagai seorang penyajak pada penonton.. Mizz Nina rasa terharu bila dirinya digelarkan sebagai seorang penyajak dari dikenali sebagai artis..
Buat Mizz Nina mungkin dikenali sebagai artis bukanlah lagi satu kebanggaan.. Dah berhijrah sepenuhnya, kalau boleh lebih baik dikenali sebagai seorang penyajak.. Tak ada yang membanggakan pun kalau diri digelar sebagai artis.. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *