Netizen Harap Mira Filzah Sudah Tak Gedik Bila Pulang Dari Umrah

Beberpa hari lagi kita bakal menyambut kedatangan bulan Ramadhan, ramai selebriti mengambil kesempatan di bulan mulia ini untuk menjalani ibadah puasa di Mekah.. Menerusi akaun Instagram, Mira Filzah bersama keluarga telah pun mengumumkan berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah..

Ingat lagi tak pelakon Adi Putra pernah menawarkan Mira untuk jadi duta bagi agensi umrahnya yang dikenali sebagai Hadid Travel and Tours? Keberangkatan Mira bersama keluarga menunaikan umrah pergi dengan agensi Adi Putra la..

Adi Putra pun turut serta pergi umrah bersama Mira sekeluarga.. Miss A rasa Mira sekeluarga pergi umrah ditaja oleh agensi umrah Adi Putra.. Dah jadi duta, mesti la agensi kena taja duta pergi umrah.. Hehehe…

Berita baik itu diterima baik oleh peminat, ada yang mendoakan keselamatan Mira dan keluarga semasa berada di tanah suci Mekah.. Tapi, beberapa hari yang lalu kan ada kontroversi video Mira bersama pelakon Alif Aziz yang disifatkan peminat Mira sebagai pelakon gedik..

Ada juga antara peminat yang berharap pulangnya Mira dari menunaikan umrah.. Mira dah tak lagi berperangai gedik.. Bila semakin popular Mira nampak dah semakin gedik, dulu dikenali sebagai gadis ayu dan sopan, lama-lama sopan dengan ayu pun hilang.. Gedik-gedik Mira, nasib baik Mira pergi umrah tak berpurdah macam Rozita Che Wan.. Hahaha.. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *