Nizar Serlahkan Perangai PAN Yang Sebenar

Bila sudah terdesak, maka macam-macam boleh keluar dari mulut. Belum pun masuk ke separuh masa kedua, Parti Amanah Negara (PAN) sudah mula bermain taktik strategi kotor memancing undi di Kuala Kangsar.

Pada hari kedua kempen, Timbalan Pengerusi PAN Perak, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin mula cari ‘dosa’ di awal Ramadhan. Tanpa rasa bersalah, dia politikkan kematian bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Setelah dikecam dan di’keronyok’ beramai-ramai ekoran kenyataan biadab yang menyinggung hati keluarga Allahyarham itu, barulah dia meminta maaf. Tapi dia sengaja mengalihkan kesalahan pada pihak media.

Nizar mendakwa kononnya media tersalah petik kenyataan dalam ceramahnya. Kononnya dia dipetik ‘di luar konteks’ dan tidak secara menyeluruh. Itu alasannya menyalahkan media?

Boleh dikatakan ramai media hadir di malam ceramah tersebut. Jika dihitung, hadirin malam itu hampir separuh yang hadir adalah wakil-wakil media. Itu belum dikira pihak berkuasa dan anggota cawangan khas yang hadir memantau.

Boleh dikatakan hampir semua media yang hadir melaporkan isu yang sama di mana Nizar mendakwa kononnya hikmah di sebalik kematian arwah Wan Mohammad Khair-il Anuar adalah satu ‘hukuman’ kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kononnya kerana ‘dosa’ Najib dan Zahid itulah, maka pengundi Kuala Kangsar perlu menghukum BN pada hari mengundi, 18 Jun nanti. Itulah maksud yang difahami majoriti media yang hadir di malam itu dan dilapor sebagaimana yang dikatakan Nizar.

Masih lagi Nizar mahu nafikan? Padanlah khabarnya ramai wartawan dan wakil media yang marah dan terguris hati terhadap Nizar kerana menyalahkan mereka. Padahal, dia sendiri yang ‘terlajak ceramah’, tapi untuk ‘cover’ diri, dia tergamak alihkan kesalahan kepada mereka?

Pada pandangan penulis, mungkin kerana keceluparan Nizar itulah maka Allah tarik balik kuasa dan jawatan yang pernah beliau sandang dulu. Malah, akar umbi PAS di Kuala Kangsar khabarnya menyampah sekali pada sikapnya yang bagai ‘kera dapat bunga’ ketika baru menjadi Menteri Besar dulu.

Maka benarlah bahawa kuasa itu adalah milik Allah SWT. Dia berikan kepada mereka yang layak dan Dia kehendaki sahaja. Bila mana hambanya bersikap seperti Nizar, maka tidak hairanlah Allah menarik balik kuasa tersebut.

Semoga Nizar bermuhasabah diri dan segera memohon maaf pada media pula selepas ini. Penulis tak mahu campur pula kemelut Nizar dengan media. Itu dia punya pasallah… – AmirHamzah/Utaranews.com

One thought on “Nizar Serlahkan Perangai PAN Yang Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *