Pemimpin PAN Minum “Arak” Dari DAP

Patutlah pemimpin-pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) ni semacam punya ‘kick’ jer… Ingatkan pemimpin-pemimpin ni ‘kick’ ambil ganja, ‘ice’ ke ape… Rupanya ‘kick’ sebab duk tonggang arak.

Nasib baiklah Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz yang pecah tembelang ni.. Kalau tak, sampai ke sudah semua orang tak tahu yang pemimpin-pemimpin PAN ni kaki tonggang arak…. Hahaha.

Bila Nik Abduh pecahkan tembelang ni…. Jadi tertanya juga… Dari mana pemimpin-pemimpin PAN belajar tonggang arak ni… Takkan dari pemimpin-pemimpin tertinggi parti Islam tu.. Jauh menyimpang tu kalau pemimpin tertinggi yang mengajar… Mau kena sambar dengan kilat nanti.

Menurut Nik Abduh, pemimpin PAN telah diberi ‘arak’ oleh DAP sehingga mabuk dan telah menyebabkan pemimpin parti serpihan Pas itu bertindak menubuhkan sebuah lagi parti atas arahan DAP.

“Siapa yang memecahkan Pas sampai sesetengah ahli Pas mabuk, pindah jadi Amanah? DAP yang bagi arak sehingga mereka tubuhkan Amanah,” kata Nik Abduh.

Fuhhhhh… Giler lah… DAP rupanya yang mengajar pemimpin PAN mabuk-mabuk ni…. Patutlah pemimpin-pemimpin PAN ni susah nak dengar cakap Presiden parti Islam tu… Sebab semua hati dah gelap gara-gara minum ‘arak’ DAP.

Tak apalah Pas… Benda dah berlaku pun.. PAN pun sekarang still diulit dengan arak DAP tu… So, jalan terbaik untuk Pas… Doakan saja supaya pemimpin-pemimpin PAN yang asalnya pemimpin Pas supaya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Pas jangan biarkan mereka terus hanyut pula… Kesian kat dorang nanti… Pemimpin-pemimpin PAN semua tu dah laa otak dungu… Tengok jelah Presiden parti tu macam mana… Memang rosaklah siapa yang sertai parti tu. – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *