July 23, 2017

Related Articles

One Comment

  1. 1

    Anonymous

    UMNO telah berjaya dalam mendaulatkan Islam di Malaysia dengan masjid Islam, sistem ekonomi Islam, bank Islam, Sukuk Islam, universiti Islam, Universiti Alquraan Islam, Hospital Islam, pertahanan Islam, pengajian Islam peringkat sekolah sehingga universiti, pajak gadai Islam, jabatan ugama Islam, JAKIM Islam, Tabung Haji Islam, Amanah ikhtiar Islam, Undang-undang keluarga Islam, undang-undang jenayah Islam (tak termasuk Hudud) , undang-undang muamalat, kebajikan masyarakat, dan banyak lagi pengisian yang dibuat bagi memenohi tuntutan Islam.
    Malah baru-baru ini lebih seratus pakar dari lima universiti –UM, UKM, USM, UTM,UPM dan USIM menjalankan kajian bagi mengukur tahap perlaksanaan Islam di Malaysia bagi tahun 2015. Kajian mereka mendapati skor keseluruhan Indeks Syariah Malaysia bagi 2015, didalam sistem pentadbiran negara, adalah sebanyak 75.42 peratus. Sekor tersebut berdasarkan penyelidikan comprehensif dalam lapan bidang utama – pendidikan, perundangan Islam, politik, kesihatan, ekonomi, budaya, sosial serta prasarana dan persekitaran. Indeks Syariah Malaysia adalah satu kaedah pengukuran yang saintifik dan menyeluruh bagi menentu ukur kedudukan kerajaan dalam menjalankan pentadbiran negara berdasarkan prinsip asas Islam iaitu Maqasid Syariah.

    Lima elemen utama dalam Maqasid Syariah iaitu pemeliharaan agama, nyawa, akal,
    keturunan dan harta merupakan kayu ukur utama yang akan digunakan untuk mengukur lapan bidang utama pentadbiran negera tersebut.

    Hasil kajian ini menunjukkan kerajaan yang diterajui UMNO martabatkan Syiar dan Syariat Islam di Malaysia. Ini juga membuktikan bukan sahaja UMNO ada dasar Islam tapi berjaya melaksanakan Islam di Malaysia negara yang majmud ini dengan model Islam yang pragmatik. Ia juga menolak mana-mana tuduhan yang mengatakan UMNO berdasarkan kebangsaan tak laksanakan Islam. PAS sepatutnya berkerjasama dengan UMNO demi memperkasakan Islam di Malaysia

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2012 UtaraNews.com