#PRKSungaiBesar : Kemenangan Di Sungai Besar Menjadi Kayu Pengukur Buat BN

Sungai Besar telah diketahui umum menjadi kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN), oleh itu gerakan jentera parti yang kuat  dan strategi yang berkesan dapat menentukan kemenangan BN. Kerusi ini perlu dipertahankan kerana dapat membuktikan BN masih lagi kekal relevan berbanding parti pembangkang yang lain.

Melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan pada 18 Jun ini, kemenangan BN di Sungai Besar akan dijadikan kayu pengukur untuk menempuh Pilihan Raya Umum (PRU) nanti. Walaupun peratusan kemenangan berpihak kepada BN, jentera parti perlu bekerja keras melawan pembangkang yang nampaknya semakin agresif menjelang PRK.

“Menjelang dua tahun lagi, kita akan menghadapi pilihanraya umum, jadi PRK di Sungai Besar  ini adalah salah satu kayu pengukur untuk membuktikan bahawa Sungai Besar masih lagi menjadi kubu kuat UMNO “, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Sahadan..

Menurut Sohaimi, calon BN Budiman Zohdi mempunyai tarikan tersendiri dan cukup dikenali penduduk setempat kerana gerak kerja yang dilakukan untuk rakyat sangat baik. Jika diberikan peluang kepadanya, penduduk Sungai Besar akan melihat kemajuan yang akan dibawa oleh Budiman serta melebarkan lagi perkhidmatannya kepada peringkat parlimen.

“Budiman hari ini merupakan ADUN Sungai Panjang dan nama bagi saya, nama beliau menjadi begitu sinonim dengan rakyat di Parlimen ini, berdasarkan  perkhidmatan baik yang diberikan beliau kepada rakyat di kawasan ini sebagai ADUN “, ujarnya..

Selain itu, peluang yang diberikan kepada Budiman sangat mencabar kerana bakal menjadi pemimpin di dua kawasan, namun kredibiliti Budiman di lihat lebih baik berbanding calon PAS yang mungkin kurang memahami masalah penduduk setempat, berbanding Budiman  yang mempunyai hubungan rapat dengan mereka termasuk kaum cina.

Oleh itu, rakyat, khususnya pengundi di Sungai Besar tidak  perlu memperjudikan nasib dengan memilih parti pembangkang yang kini berada di dalam keadaan  yang tidak stabil dan harus memilih BN, kerana terbukti perkhidmatan yang ditunjukkan calon BN sering menitik beratkan hal rakyat. – Hkay/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *