Rakyat Jangan Terpengaruh Dengan DAP


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan DAP, yang membantah pembentangan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 di Dewan Rakyat baru-baru ini.
“Saya nasihatkan rakyat supaya jangan mudah melatah atau percaya apa yang DAP laungkan, kerana ia boleh cetuskan ketidakstabilan dalam negara,” katanya.
Beliau 
, kenyataannya bahawa rang undang-undang berkenaan hanya melibatkan pemerkasaan Mahkamah Syariah dan bukannya tentang hudud.
Pada 26 Mei lepas, Presiden PAS Abdul Hadi membentangkan Rang Undang-undang 
agi meminda Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
Mengulas mengenai parti komponen Barisan Nasional (BN) terutamanya di Kelantan, Asyraf Wajdi berkata Badan Perhubungan UMNO Kelantan akan memberi taklimat kepada wakil parti komponen berkenaan dalam masa terdekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *