DAP kini sudah jadi Bodoh akibat terkena SIHIR Mahathir..





8/12/2016 – Hebat betul penangan yang dibawa oleh Tun Mahathir apabila beliau berkerjasama dengan parti DAP, sehingga ia menyebabkan parti tersebut kini mengalami pergolakan dalaman yang teruk diantara ahli-ahlinya dan juga pemimpin atasan.

Terbukti bahawa Mahathir mempunyai ‘aura pemusnah’ yang tidak dimiliki oleh pemimpin-pemimpin politik yang lain didalam negara ini. Bahkan, Perdana Menteri DS Najib Razak juga boleh dikatakan sangat jauh ketinggalan didalam ilmu memecahbelahkan perpaduan ini.

Sebelum ini Mahathir menyebabkan berlakunya perpecahan didalam UMNO sehingga terhasilnya Parti Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh. Tak lama kemudiannya muncul pula Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tercetus dari kemelut perebutan kuasa Mahathir dan Anwar.

Diikuti dengan perpecahan didalam UMNO apabila Mahathir bertindak mengkhianati amanat 3 juta ahli UMNO apabila menyerang Presiden parti sehingga tertubuh pula Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diketuai oleh Muhyiddin Yassin.

Kini DAP pula menjadi mangsa percaturan ‘pecah dan perintah’ Mahathir yang menyebabkan beberapa ahli DAP sudah keluar dari parti berkenaan, semenjak Mahathir mengumumkan kerjasama beliau dengan Lim Kit Siang dan juga Lim Guan Eng.

‘Sihir penunduk’ yang Mahathir gunakan pula ternyata berkesan apabila kesemua pemimpin atasan DAP seolah-olah terpukau dan jadi bodoh dengan apa sahaja yang Penasihat Bersatu itu lakukan. Malah, kini pemimpin DAP sanggup menghalau ahli sendiri keluar parti demi Mahathir.

Buktinya.., Timbalan Setiausaha Agung DAP, P Ramasamy semalam telah bertindak ‘menghalau’ ahli-ahli DAP keluar dari parti jika mereka tidak berpuas hati, dan berdegil untuk menerima sebarang kerjasama dengan bekas Presiden UMNO iaitu Tun Mahathir.

Ramasamy juga mengingatkan kepada ahli DAP supaya menerima kehadiran Mahathir dengan tangan terbuka kerana ia peluang terbaik bagi menjatuhkan kerajaan yang dipimpin oleh DS Najib Razak yang merupakan orang melayu/Islam didalam negara.

Nampak tak betapa hebatnya Mahathir hinggakan pemimpin yang paling keras kepala serta bersemangat Kabali seperti Ramasamy pun jadi hilang akal menghalau ahli parti sendiri. Kesimpulannya, siapa kata Mahathir tak hebat? Rasanya Mahathir kini layak digelar Bapa Perpecahan Negara!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *