Kanak-kanak Hilang kemaluan semasa bersunat dihina lelaki ini..



Kuala Lumpur – Baru-baru ini, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak lelaki telah terputus kemaluan semasa melakukan sunat menggunakan kaedah laser..

Rata-rata menyuarakan rasa simpati pada ahli keluarga dan kanak-kanak tersebut. Tetapi, seorang netizen meluahkan rasa tidak puas hati di laman sosial berikutan isu terpotong ‘anu’ hingga putus itu.

Seorang pengguna laman sosial telah memuatnaik status di laman Facebook mendedahkan rasa ‘meluat’ dengan komen segelintir pihak yang disifatkan sebagai berfikiran sempit. Malah pengguna laman sosial ini berkata lelaki yang lebih mementingkan nafsu semata-mata.

Ada benar juga apa yang dikatakan pengguna laman sosial itu. Tetapi, harus juga diingat bahawa lelaki juga banyak berkorban demi insan yang bernama wanita. Siapa yang mencari rezeki untuk membantu kelangsungan hidup, hilang kemaluan seperti hilang salah satu anggota badan.

Jangan di kaitkan pengorbanan wanita bersalin dengan hilang kemaluan. Sebagai seorang manusia sepatutnya menunjukkan rasa simpati dengan nasib yang telah menimpa kanak-kanak lelaki malang itu.

Bukan dengan membangkitkan isu kesakitan wanita bersalin bertarung nyawa dengan hilang kemaluan.

Sementara itu, status yang dimuatnaik pengguna laman sosial itu mendapat sokongan dari sesetengah kaum hawa. Status itu mula dikongsikan oleh beberapa pengguna laman sosial lain.

One thought on “Kanak-kanak Hilang kemaluan semasa bersunat dihina lelaki ini..

  • 28/12/2016 at 6:02 pm
    Permalink

    apa kata yg hilang kemaluan tu ialah anak dia.. camna rasanya..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *