Kit Siang dan Mahathir setuju Mukhriz jadi Perdana Menteri

15/12/2016 – Umum mengetahui bahawa Mahathir dan Anwar sememangnya seteru politik sejak sekian lama. Dan rakyat juga sudah sedia maklum bahawa Mahathir lah yang memecat Anwar kerana tidak mahu Timbalannya itu menjadi Perdana Menteri semasa pemerintahnnya dulu.

Jangan tak percaya jika sehingga kini Mahathir masih lagi belum mampu menerima Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia. Jika Mahathir mampu, sudah tentu beliau akan mengumumkannya semasa menandatangani perjanjian diantara Bersatu dan juga Pakatan Harapan.

Jika bukan Anwar yang bakal menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan ditakdirkan menang di Pilihanraya Umum ke 14 nanti, siapakah pula calon Perdana Menteri yang Mahathir fikirkan layak serta berkebolehan menerajui negara?

Muhyiddin walaupun diangkat oleh Mahathir menjadi Presiden parti Bersatu, ianya tidak cukup layak menjadi Perdana Menteri kerana Mahathir sendiri mengesahkan yang Muhyiddin tidak mempunyai kemampuan untuk memimpin negara dan juga menjadi Ketua kepada pembangkang.

Kini telah mula muncul desas desus didalam Parti Bersatu yang mendakwa, Mahathir telah memberi syarat kepada Lim Kit Siang bahawa hanya nama Mukhriz sahaja yang layak untuk menjadi calon Perdana Menteri dan bukannya Anwar atau pun Muhyiddin Yasin.

Inilah tujuan sebenar Mahathir menentang Najib Razak sehingga menyebabkan beliau bertindak keluar dari parti. Inilah juga sebab utama Mahathir menubuhkan Bersatu dan menebalkan muka untuk berpeluk dengan DAP.

Syarat Mahathir itu dikatakan dibuat setelah Lim Kit Siang merayu supaya Mahathir datang ke Konvensyen DAP yang lalu, setelah merasakan DAP mula terancam dengan pendedahan oleh PM Najib tentang agenda politik DAP menggunakan Melayu.

Persoalannya sekarang, apakah benar Mukhriz layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia jika dibandingkan dengan Anwar Ibrahim, Muhyiddin Yassin serta beberapa pemimpin yang lebih senior didalam Pakatan Harapan?

Kalau sekadar hanya menggunakan pengaruh dan nama Mahathir sahaja, Mukhriz memang langsung tak layak malah sangat lemah untuk menjadi pemimpin politik. Bagaimana Mukhriz mahu berhadapan dengan dunia luar jika didalam negara pun masih duduk bawak ketiak bapanya?

Apakah seorang lelaki yang hanya tahu mengharapkan bantuan bapanya untuk berkuasa, mampu menjadi ketua yang baik? Rakyat Malaysia pastinya sudah hilang akal jika membenarkan perkara sebegini berlaku didalam negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *