Lelaki Cerita Pengalaman Lihat Kawan Lelaki Dicabul Oleh Lelaki!!


Seorang lelaki yang dikenali sebagai Muhd Fahmi telah berkongsikan pengalaman beliau melihat sendiri, rakan lelakinya menjadi mangsa cabul seorang lelaki tua di laman sosial.
Melalui perkongsian di laman Facebooknya, ramai netizen yang mula meninggalkan komen agak terkejut bila mendapat tahu yang lelaki juga akan menjadi mangsa cabul.. Fahmi bersama dua lagi rakannya singgah di sebuah masjid, dalam jam 12.30 tengahari untuk berehat sebentar kerana letih membawa motor untuk perjalanan yang jauh.
Masing-masing mengambil tempat untuk merehatkan diri di saf belakang masjid. Tidak sempat untuk melelapkan mata, seorang lelaki tua dalam lingkungan usia 45 tahun datang mendekati mereka..
Mereka sempat berbual dengan lelaki itu sebelum meneruskan niat mereka untuk berehat seketika.. Tak sangka waktu mereka sedang tidur, lelaki tua itu telah mengambil kesempatan untuk mencabul salah seorang rakan Fahmi dengan meraba kemaluannya.
Fahmi mengambil keputusan untuk keluar dari masjid itu kerana tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku. Tetapi, Fahmi agak terkilan dan kecewa dengan sikap lelaki itu yang sanggup melakukan perbuatan jijik itu di dalam masjid.
Aku dah suruh dah kawan aku Iman buat laporan polis, harap dia buat. Aku ingatkan perempuan saja mudah terdedah pada bahaya”
Tapi kejadian ini, membuktikan lelaki pun mudah terdedah dengan jenayah seksual. Sampai mati aku ingat muka pakcik itu, tergamak betul dia buat benda terkutuk itu di rumah Allah,” katanya.
Sementara itu, Fahmi juga berharap semua pihak untuk lebih berhati-hati dengan lelaki seperti ini. Bukan sahaja wanita yang menjadi mangsa gangguan seksual, tetapi zaman sekarang ni lelaki pun turut menjadi mangsa.. – MissA/UtaraNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *