Lim Kit Siang tak malu anaknya makan rasuah dan salahguna kuasa.





14/12/2016 – Hairan betul dengan perangai Ketua Gerombolan DAP yang seorang ni.. Dia sibuk sangat mahukan negara ni bersih dari segala pemimpin rasuah dan juga sibuk menuduh negara akan bankrap jika ditadbir oleh pemimpin Barisan Nasional yang didakwanya kuat makan rasuah.

Tapi, Kit Siang buat-buat tak nampak pula bila anaknya sendiri yang didakwa atas salahlaku rasuah dan juga salahguna kuasa di P.Pinang. Kononnya. Guan Eng dituduh merasuah dan juga diperangkap oleh pihak tertentu untuk menjatuhkannya.

Masalahnya, siapa pula yang mahu perangkap Guan Eng seperti yang didakwa oleh kebanyakan penyokong dan pemimpin pembangkang? Adakah pemimpin kerajaan yang dimaksudkan oleh mereka ataupun ada pihak-pihak lain yang dengki dengan ‘kehebatan’ Guan Eng mentadbir negeri?

Agak mustahil rasanya untuk menuduh pemimpin kerajaan BN sengaja mahu menjatuhkan anak Kit Siang tersebut. Lagipun, tiada gunanya dan hanya buang masa jika pemimpin kerajaan mahu memerangkap Ketua Menteri P.Pinang tersebut kerana ini negara demokrasi, bukannya negara komunis!

Yang sebenarnya, Lim Kit Siang tak perlu menasihatkan Perdana Menteri dan juga barisan kabinet Barisan Nasional tentang bahaya rasuah jika beliau tak tahu mendidik anaknya sendiri tentang apa itu rasuah. Sepatutnya Kit Siang bermuhasabah diri bagi mencari kekuatan untuk menasihati anaknya sendiri yang semakin dibenci oleh rakyat.

Benarlah seperti apa yang dikatakan oleh Ketua Pemuda UMNO P.Pinang, Rafizal Abdul Rahim yang mahu Kit Siang sedar diri dan malu pada rakyat Malaysia apabila anak lelakinya kini sibuk makan rasuah berbanding berkhidmat untuk rakyat di P.Pinang.

Menurut Rafizal, Kit Siang langsung tak layak bercakap mengenai rasuah yang didakwanya sangat kritikal di Malaysia, kerana indeks rasuah tersebut sebenarnya disumbangkan oleh individu-individu seperti pemimpin-pemimpin pembangkang.

DAP sudah lama terpalit dengan dakwaan rasuah dan juga salahguna kuasa didalam perjalanan politik negara. Siapa boleh lupa tentang isu salah kira undi didalam pemilihan CEC DAP yang membuatkan parti tersebut tidak disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).

Dan rakyat P.Pinang juga sudah muak dengan pelbagai projek ‘Khayalan’ yang diilhamkan oleh kerajaan DAP diatas kertas sahaja tanpa wujud sebarang perlaksanaannya di P.Pinang termasuklah Projek Terowong Bawah Laut yang bernilai RM305 juta.

Semua ini memperlihatkan kepada kita tentang betapa hipokritnya Lim Kit Siang dan DAP berpolitik untuk merampas negara dari pentadbiran kerajaan BN. Semua yang buruk mereka fitnahkan kepada pemimpin kerajaan walhal yang teruknya adalah mereka sendiri!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *