Pantai Tanjung Bungah jadi perangkap maut akibat aktiviti korek pasir.

14/12/2016 – Daripada penerokaan haram di lereng bukit dan juga pembangunan tak terancang di kawasan bandar, semuanya membawa bencana di negeri P.Pinang hasil dari kerakusan dan ketamakkan kerajaan DAP mengaut keuntungan mudah.

Yang merana dan menderita setiap kali banjir kilat melanda, adalah rakyat negeri ini yang tak mampu bersuara selepas amanah yang mereka berikan kepada kerajaan DAP untuk mentadbir negeri, dikhianati dan diabaikan.

Begitu juga setiap kali berlakunya tanah runtuh serta pemendapan jalan hasil dari ketiadaan kawasan tadahan hujan di lereng-lereng bukit.. Yang terkial-kial menyelamatkan diri serta harta benda adalah rakyat negeri ini sendiri.

Inilah ‘faedah’ mengundi serta memberi mandat kepada kerajaan DAP pimpinan Guan Eng untuk menjaga negeri. Ibarat tikus membaiki labu, kerajaan DAP negeri sewenang-wenangnya ‘mencabul’ alam sekitar semata-mata mengejar keuntungan dari poket pemaju perumahan.

Rakyat pula didodoikan dengan alasan pembangunan serta kemajuan negeri agar mereka tidak mempertikaikan apa saja yang dilakukan oleh kerajaan DAP. Malangnya, ianya sekadar retorik untuk menjajah semua hasil tanah dan juga laut dinegeri ini.

Selepas lereng bukit yang digondolkan dan juga tanah-tanah warisan tradisional kampung menjadi tumpuan kerakusan nafsu serakah kerajaan DAP negeri, kini nampaknya mereka beralih pula kepada kawasan persisir pantai dan juga pulau.

Kawasan persisir pantai negeri ini kini tidak lagi selamat untuk rakyat beriadah kerana aktiviti penambakan laut serta aktiviti pengorekan pasir, dilakukan secara keterlaluan sehingga memusnahkan hidupan laut dan alam sekitar.

Antara kawasan yang menjadi tumpuan ialah kawasan Tanjung Bungah, Tanjung Tokong dan juga Batu Feringghi yang selama ini terkenal dengan keindahannya. Semua akan lenyap dengan alasan kemajuan.

Akibat aktiviti pengorekan pasir di kawasan pantai Tanjung Bungah, kawasan pantai yang dulunya dipenuhi pengunjung itu kini menjadi perangkap maut bagi kanak-kanak kerana berlumpur dan juga menjadi jerlus.

ADUN DAP Tanjung Bungah YB Teh Yee Cheu yang ditemui berkata, beliau sangat kesal dengan aktviti tersebut dan mahu kerajaan DAP negeri segera campur tangan bagi menghentikan kerosakan alam sekitar.

Apa lagi yang mahu diwariskan kepada generasi akan datang jika semua keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan ini digadaikan hanya untuk mengejar kemajuan? Berbaloikah kerakusan dan ketamakkan yang dilakukan oleh kerajaan DAP ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *